Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 30, 2026 @ 5:51pm

“Akaun Threads Saya Kena Locked” – Umisya Mazlan Syukur Emosi Baik Ketika Berpantang, Seloroh Aslam Sasar 15 Anak

Bekas madu kepada pempengaruh Marissa Dania, Umisya Mazlan, meluahkan rasa syukur apabila keadaan emosinya sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata keempat berada dalam keadaan baik.

Menerusi sesi Ask Me A Question di Instagram Story (IGs), Umisya menjawab pertanyaan pengikut mengenai keadaan emosinya, terutama selepas melalui ujian rumah tangga yang membabitkan Marissa dan suaminya, Aslam.

“Alhamdulillah okay saja, sebab akaun Threads saya kena locked,” tulisnya ringkas.


Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Umisya agar mengurangkan aktiviti di media sosial buat sementara waktu dan memberi tumpuan kepada proses berpantang serta pemulihan diri.

Dalam perkongsian lain di IGs, Umisya turut menjawab pertanyaan seorang pengikut yang ingin mengetahui sama ada dia merancang untuk menambah cahaya mata kelima.

Menurut Umisya, buat masa ini dia mahu berehat seketika selepas melahirkan anak keempat, namun menyerahkan soal rezeki zuriat kepada ketentuan Allah SWT.

“Mengikut pada kemampuan dan rezeki yang Allah tentukan. Tapi saya cuti dulu la lepas baby N ni.

“Tapi Aslam kata 15 orang target,” selorohnya.

Untuk rekod, Umisya dan Aslam mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan kini dikurniakan empat cahaya mata.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah berpisah sekitar tahun 2023 sebelum kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Manakala, Aslam pernah berkahwin dengan anak pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa sebagai isteri kedua pada Disember 2023 di Songkhla, Thailand.

Bagaimanapun, status pasangan tersebut disahkan bukan suami isteri pada 23 Jun lalu.

Terdahulu, Aslam dilaporkan pernah melafazkan dua kali lafaz cerai dan rujuk kepada Marissa pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Aslam kemudian difahamkan ada melafazkan cerai kali kedua terhadap Marissa pada April tahun lalu dan mereka kembali rujuk semula.

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Dedah Aslam Pernah Lafaz Taklik, Tampil Bongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Poligami – “Saya Pernah Minta Pihak Sana Buat Laporan…”

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Beri Respons Berita Marissa Dania, Aslam Bukan Lagi Pasangan Suami Isteri – “Alhamdulillah”

Artikel Berkaitan: “Ada Yang Nilai Terlerainya Sangkar Namun Tak Pernah Tahu Mengapa Burung Memilih Terbang” – Luahan Aslam Selepas Sah Bercerai Dengan Marissa Raih Perhatian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Wed, 2 May 2018

Zayn Malik Wants Gigi Hadid Back but She’s Hesitant

So are they getting back together or not?

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Usahawan Luah Kecewa, Rugi RM500,000 Akibat Selebriti Gagal Tunaikan Komitmen

Fadzil Ismail meluahkan rasa kecewa apabila beberapa artis dan pempengaruh yang telah dilantik bagi mempromosikan produknya gagal menunaikan tanggungjawab.

Trending Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

东于哲「30小时不睡觉」拍摄《黑白说》MV

东于哲暌违两年推出新歌《黑白说》回归本地乐坛!为了把MV呈现最好的视觉效果,两人和制作团体牺牲了睡眠时间,足足用了30个小时。

Trending Wed, 15 Jul 2020

KKM Sahkan Antibodi Pesakit Kluster Sungai Lui Sembuh Adalah Rendah

Jaga kebersihan dan kekalkan memakai pelitup muka di tempat awam

error: Content is protected !!