Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 20, 2021 @ 6:37pm

Walau Tak Dapat Pulang Ke Kampung, Fattah Amin Teruja Sambut Raya Dengan Fatima

Pelakon popular, Fattah Amin meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan meskipun aktiviti ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan tahun ini.

Menurut suami kepada aktres Nur Fazura ini, dia dan isteri bersemangat meraikan Syawal buat kali pertama dengan kehadiran puteri tersayang, Nur Fatima Aisya.

“Biarpun saya bersama isteri dah anak tidak mendapat kesempatan untuk meraikan Aidilfitri di kampung halaman serta berhimpun bersama keluarga, sambutan hari kemenangan ini tetap disambut dengan penuh kesyukuran.

“Sejujurnya, kami teruja untuk menyambut raya bersama Fatima. Kehadiran Fatima menceriakan lagi sambutan Aidilfitri kami tahun ini walaupun tidak dapat kemana-mana.

“Fatima turut mendapat duit raya walaupun aktiviti ziarah tidak dibenarkan. Ahli keluarga dan saudara-mara mengirimkan duit raya secara atas talian,” katanya.

Tambah Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 31, persiapan Syawal mereka sekeluarga dilakukan secara sederhana.

“Apabila mengenangkan ini sambutan Syawal pertama bersama Fatima, kami membuat persiapan serba sederhana untuk membangkitkan suasana Hari Raya.

“Sedih tak dapat menyambut Aidilfitri di kampung, tetapi ada hikmahnya. Saya sendiri berharap orang ramai terus mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang jangkitan wabak Covid-19.

“Jika kita semua dapat bekerjasama dan bersatu hati, Insya-Allah kita akan dapat menyambut Hari Raya bersama keluarga di kampung tahun hadapan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Mar 2020

#LockDownMalaysia; Sudah Bersediakah Kita? Sudah Fahamkah Kita?

Ramai netizens luahkan hasrat mereka mahukan #LockDownMalaysia tetapi sudah bersediakah kita dengan apa yang bakal kita hadapi?

Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Selebriti Sun, 3 Sep 2023
Featured Wed, 18 Jan 2023

AJL 37: Selepas Lama Berehat, Jihan Muse Buat ‘Comeback’! Teruja Bakal Mengacara Bersama Sherry Alhadad

Woww, gandingan host yang sangat hebat! Jihan & Sherry confirm meletop AJL 37 pada 12 Februari nanti 🤩🤩

Featured Tue, 31 Dec 2024

“Kalau Rezeki Dapat Anak Selepas Umur 30 Tahun Pun Saya Terima” – Hannah Delisha

“Saya juga sudah tahu dengan keadaan tubuh badan saya sekarang…” – Hannah Delisha

Featured Tue, 2 May 2023
error: Content is protected !!