Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 31, 2024 @ 11:29am

“Kalau Rezeki Dapat Anak Selepas Umur 30 Tahun Pun Saya Terima” – Hannah Delisha

Pelakon dan penyanyi jelita, Hannah Delisha reda dengan ketentuan tuhan terhadapnya apatah lagi bila bebicara soal zuriat.

Kata Hannah, selepas mengalami keguguran pada 17 Mac lalu, dia sentiasa percaya bahawa Allah akan memberi nikmat memiliki zuriat pada waktu yang tepat.

“Saya percaya bila sampai masanya dan pada waktu yang tepat, kalau Allah nak bagi, dia akan bagi.

“Tapi silapnya, saya tak betul-betul plan, kerana saya tak percaya pada family planning sebelum ni.

“Bagi saya, tiada gunanya jika kita merancang keluarga tapi tiada rezeki nak dapat anak pun? Tapi selepas mengalami keguguran ibu saya menasihatkan untuk percaya dengan takdir tuhan di mana kalau Allah nak bagi dia akan bagi pada waktu yang tepat,”katanya.

Hanna berkongsi perkara itu ketika ditemui usai majlis pelancaran jenama produk kecantikan Conboo baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pemilik nama lengkap, Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, juga tidak menolak rezeki jika dikurnikan zuriat selepas usianya mencecah 30 tahun.

“Ada wanita yang boleh bekerja dalam tempoh waktu yang panjang dan keluar sana sini tapi bila sampai waktu melahirkan, semuanya mudah saja.

“Saya juga sudah tahu dengan keadaan tubuh badan saya sekarang di mana pada trimester pertama kandungan itu, saya perlu berehat dan nampaknya saya kena ada perancangan keluarga jugalah nanti,” jelasnya.

Sekadar info, Hannah selamat mendirikan rumah tangga bersama pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari  2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Sweet! Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Tunang Tersayang

Lagu Rahasiaku ini saya cipta ketika dalam proses mengenali hati budi dia…Romantiknya Awi!

Trending Thu, 1 Oct 2020

Semua Negeri Kini Diklasifikasikan Sebagai Zon Kuning

Tingkatkan kawalan kendiri dan patuh SOP

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Trending Fri, 13 Aug 2021
Hiburan Wed, 30 Apr 2025

Alya Iman Enggan Layan Kontroversi Lama, Tak Terkesan Nama Dikaitkan Dengan ‘Penyondol’

Alya Iman berserah seandainya ada pihak cuba menjejaskan reputasinya

Trending Thu, 30 Jul 2020

Murid Sekolah Rendah Dikenalpasti Positif Covid-19

Sila pantau kesihatan anak-anak anda! #KitaJagaKita

Featured Tue, 29 Mar 2022
Featured Fri, 10 Apr 2020
error: Content is protected !!