Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 25, 2024 @ 2:52pm

Shiha Zikir Dedah Pernah Diganggu Kaum Sejenis – “Awalnya Macam Okay, Lama-Lama Rasa Macam Pelik”

Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir mendedahkan dia pernah diganggu oleh seorang wanita yang didakwa menyukai kaum sejenis sewaktu melakukan sesi siaran langsung di platform TikTok, baru-baru ini.

Bercakap kepada XTRA, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 36, mendakwa wanita tersebut berani berbuat demikian kerana tidak mengetahui dirinya seorang selebriti.

“Sebelum ini saya jarang bermain media sosial, tetapi dengan peredaran masa. Sekarang saya sering buat siaran langsung di TikTok, untuk lebih dekat dengan peminat yang selama ini menyokong kerjaya saya.

“Ada sekali kejadian satu hari itu, saya terima ‘request’ daripada seorang wanita nak masuk live saya. Rupanya dia nak ‘try’ saya, macam minat dekat saya.

“Saya waktu itu sangat terkejut, selalunya lelaki yang nak ‘try’ saya. Tetapi kali ini perempuan.

“Saya rasa dia tidak tahu yang saya ini selebriti, sebab itu dia berani buat begitu. Tengok dia macam orang Malaysia tetapi menetap di luar negara,” kongsi Shiha.

Shiha ditemui pada sesi temuramah bersama pelakon sitkom komedi terbaharu terbitan TV3, Jabatan Call Centre (JCC) di Glenmarie, Shah Alam, semalam.

Pelantun lagu Kalam itu turut mendedahkan dia pernah diganggu oleh seorang wanita yang berperwatakan seperti lelaki di kedai makan dan melalui mesej langsung (DM) di media sosial.

“Ada juga satu kejadian berlaku tahun lepas, saya sering berjumpa dengan seorang individu perempuan ini dekat kedai makan. Dia macam ‘boyish’, dia cari saya sampai media sosial semua. Awalnya macam okay, lama-kelamaan rasa macam pelik.

“Tapi dia sudah berhenti ganggu saya. Dia pernah ‘DM’ saya tanya kenapa dah lama tak nampak dekat kedai itu, dia kata rindu. Saya baca sahaja mesej berkenaan, tidak balas pun.” kongsi Shiha lagi.

Jelas Shiha, dia tidak menilai seseorang individu itu melalui luaran, sebaliknya tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa.

“Apa pun saya tidak menilai seseorang individu itu, saya berkawan dengan semua orang. Meskipun mereka mengaku diri mereka lelaki lembut. Sebab kita tak tahu perakhiran hidup kelak bagaimana.

“Jadi saya berkawan dengan sesiapa sahaja, jangan rasa takut nak dekat dengan saya sebab takut saya ‘judge’ mereka.” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Restoran Nasi Ayam Buka Seperti Biasa, Tapi Kawan Mengadu Kedai Tutup” – Shiha Zikir Berdepan Dengan Gangguan ‘Halus’

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Kesian Sajat, Kaki Semakin Membengkak

Sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air, Sajat dikatakan telah diserang penyakit misteri di bahagian kaki.

Hiburan Sun, 21 Jul 2024
Featured Wed, 8 Jan 2025
Featured Mon, 14 Nov 2022

Band K-Pop Popular Korea EPEX Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 6 Januari 2023, Harga Tiket Bermula Dari RM288!

Wow wow wow! Kpop fans where yall at? Jangan lepaskan peluang ini gais 🤩🤩🤩

Trending Sat, 13 Oct 2018

Rasa Terbeban Pakai Tudung? Gadis Ini ‘Dihentam’ Netizen Lepas Kongsi Pendapat

Pada pandangannya jika orang menggalakkan orang lain untuk memakai tudung, begitu juga dia yang ingin menggalakkan orang membuka tudung.

Hiburan Thu, 17 May 2018

Rompak Perabot Mewah, Abang Terlajak Laris Rugi 40k Lagi?

Perasaan kecewa menyelubungi Dato Aliff Syukri dan isteri, kerana apa yang mereka inginkan hanyalah mahu membantu mereka yang betul-betul memerlukan supaya tidak dihimpit dengan kesempitan hidup

Hiburan Fri, 2 May 2025

Bekas Isteri Datuk Red Bongkar Kes Cakar Wanita Berlaku Pada Tahun 2009

Bekas isteri Datuk Red imbau kejadian cakar seorang wanita dalam rumah

error: Content is protected !!