Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 5, 2025 @ 8:00pm

XTRA XSTAR 2025: Pencarian Bakat Baharu Sudah Dibuka, Ratu Farah Diva Pun Join!

Pencarian bakat nyanyian digital paling hangat, #XTRAXSTAR2025 kini kembali dengan musim kedua bermula awal September lalu!

Seperti tahun sebelumnya, platform TikTok menjadi gelanggang utama buat calon peserta menyerlahkan bakat masing-masing.

Pelbagai gaya dan lontaran vokal dipersembahkan, ada yang ‘padu’, ada yang penuh emosi, semuanya jelas membuktikan hasrat untuk bergelar penyanyi profesional.

Berikut antara lima penyertaan awal yang berjaya mencuri perhatian XTRA:

1. Ratu Farah Diva

Menyampaikan lagu Break, persembahan Ratu ternyata memukau sehingga menarik perhatian penyanyi asal, Misha Omar, yang sempat meninggalkan komen di videonya.

@xtra_my

Koranggg🤗🤗 @Ratu Farah Diva ᴾᴬᴺᴰᴬᴿᴵᴬᴺ𝖘𝖘 pun dah sahut cabaran gais untuk #XTRAXSTAR2025i so korang bila lagi?🥳 Jom sertai pencarian bakat baru XTRA XSTAR 2025🔥 Cara dia senang je: 1. Rakam video nyanyian terbaik anda di TikTok & pastikan akaun berada dalam tetapan umum. 2. Sertakan hashtag #XTRAXSTAR2025 dan tag akaun TikTok @xtra_my 3. Tiada had umur! Semua orang boleh sertai #XTRAXSTAR2025 4. Pastikan anda tidak mempunyai mana-mana kontrak dengan sebarang syarikat rakaman & pengurusan. 📌Sebanyak 20 peserta bakal dipilih untuk ke peringkat seterusnya. Layari www.xtra.com.my/xtraxstar untuk maklumat selanjutnya! #XTRAXSTAR2025 #alternaterecordsandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

2. Ikhmal Amir

Pandai bermain gitar, gaya nyanyiannya juga penuh feel seolah-olah sudah mencerminkan sisi seorang penyanyi sebenar!

@ikhmal_amiruddin

Replying to @Hasif Ishak Ikhmal Amir – Untitled Project No 2 Like, Share dan komen genre lagu apa yang korang nak aku buat lepas nie. #music #untitledproject #ikhmalamirmusic #fyp #xtraxstar2025 @XTRA

♬ original sound – IkhmalAmir – IkhmalAmir


3. Adyy Anuar

Membawakan lagu Hijab Rindu nyanyian asal Black, Adyy mempersonakan ramai dengan kelunakan vokal dan lontaran suara tinggi yang cukup bertenaga.

@xtra_my

Merdunya suara😍🥰 @adyyanuar__ dah sahut cabaran gais untuk #XTRAXSTAR2025 🔥 Korang bila lagi?🥳 Jom sertai pencarian bakat baru XTRA XSTAR 2025🔥 Cara dia senang je: 1. Rakam video nyanyian terbaik anda di TikTok & pastikan akaun berada dalam tetapan umum. 2. Sertakan hashtag #XTRAXSTAR2025 dan tag akaun TikTok @xtra_my 3. Tiada had umur! Semua orang boleh sertai #XTRAXSTAR2025 4. Pastikan anda tidak mempunyai mana-mana kontrak dengan sebarang syarikat rakaman & pengurusan. 📌Sebanyak 20 peserta bakal dipilih untuk ke peringkat seterusnya. Layari www.xtra.com.my/xtraxstar untuk maklumat selanjutnya! #XTRAXSTAR2025 #alternaterecordsandtalents

♬ original sound – XTRA – XTRA

4. Ku Muhammad Hafiz

Hafiz nampaknya sudah biasa membuat persembahan di khalayak ramai. Keyakinannya jelas terpancar, ciri penting yang dicari untuk seorang bintang baharu!

@kufaizofficialx

Replying to @Danial KODARI Punyalah lamaa dahhh orang request. Baru nak ada masa cuba tunaikan. SAMPAI SALAH LAA LIRIKKK PUNN😂😂 Maaf atas kekurangan🙏🏻 @XTRA #XTRAXSTAR2025 #lukadalamdiam #syazwansyahmi #kufaiz

♬ Luka Dalam Diam – Syazwan Syahmi

5. Abie Intan

Pernah tercalon sebagai Top 20 XTRA XSTAR 2024, gadis ini tidak pernah berputus asa. Tahun ini, dia sekali lagi mencuba nasib dengan memuat naik beberapa video nyanyian, membuktikan semangatnya masih membara.

@abieintann

Membalas kepada @alissya299 ( PART 2 ) @XTRA @Bulan Bintang Clothing HQ #abie #abieintann #BBGOTTALENT #BBKS25 #XTRAXSTAR2025

♬ bunyi asal – abieintann – abieintann

Cara Sertai XTRA XSTAR 2025

Mudah saja! Ikuti langkah berikut untuk merebut peluang menjadi juara:

  1. Rakam & Muat Naik Video Nyanyian
    Kongsi video nyanyian anda di TikTok dengan hashtag #XTRAXSTAR2025 dan tag akaun rasmi @xtra_my. Pastikan akaun anda public dan video dihantar sebelum 15 September 2025.

  2. Serlahkan Emosi & Vokal
    Pemilihan lagu serta penghayatan amat penting! Anda boleh menyunting video, tetapi jangan gunakan ‘voice effects’ seperti echo. Penyertaan akan terbatal jika tidak mengikut syarat.

  3. Pastikan Bebas Kontrak
    Penyertaan hanya dibuka untuk mereka yang tidak terikat dengan syarikat rakaman atau pengurusan lain, bagi mengelakkan isu jika anda dinobatkan juara.

  4. Dinilai Oleh Juri Profesional
    Video anda akan diadili oleh panel juri yang terdiri daripada artis berbakat di bawah Alternate Records seperti Marsha Milan, Puteri Khareeza dan Bob Yusof.

  5. Top 20 & Undian Peminat
    Hanya 20 peserta terbaik akan dipilih ke peringkat seterusnya dan undian peminat akan menentukan siapa yang mara ke Top 5.

  6. Showcase Akhir
    Lima finalis akan berentap secara langsung di Studio Balai Berita Bangsar, Media Prima Berhad untuk merebut gelaran juara. Showcase akhir ini turut disiarkan secara langsung di TikTok XTRA!

Jangan lepaskan peluang anda untuk bergelar bintang baharu! Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti XTRA di TikTok, Instagram, Facebook & X (@xtra_my).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Feb 2023
Events Fri, 19 Jun 2026

Tak Beri ‘Green Light’ Sertai Program Realiti Nyanyian, Mua Bellaz Enggan Anak Bekerja Di Usia Muda

Kata Mua Bellaz dia mahu anak-anaknya menikmati zaman kanak-kanak mereka tanpa sebarang tekanan.

Trending Sat, 16 Feb 2019

Muncung Pesawat Delta Menjunam Dari Ketinggian 34,000 Kaki

Tak terkata-kata penumpang didalam penerbangan mengucap syukur apabila selamat mendarat walaupun dalam keadaan cemas

Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] Berada Dalam Studio Bersama, Agnez Mo & Justin Timberlake Bakal Berduet? 

Wowwww! Agnez Mo nak keluar lagu duet baru dengan Justin Timberlake ke? Fuhhh mantappp 🤩🤩🤩

Events Wed, 23 Jan 2019
Events Thu, 6 Feb 2020
Hiburan Mon, 12 Jun 2023

Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadiri Majlis Resepsi Janna & Dini – “Saya Ambil Keputusan Untuk Tak…”

Penceramah Ustaz Wadi Annuar tampil memberikan penjelasan berkenaan dirinya menghadiri majlis resepsi pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi, Sabtu lalu. Menurut Ustaz Wadi, dia dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan membacakan […]

Featured Tue, 21 Jun 2022
error: Content is protected !!