Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 28, 2022 @ 6:32am

Bakal Muncul Dengan Buah Tangan Terbaharu, Noraniza Idris Berkolaborasi Dengan…

Setelah sukses dengan single Intan Payung kolaborasi bersama Bunga, Ratu Pop Etnik Malaysia, Noraniza Idris bakal muncul dengan buah tangan terbaharu.

Noraniza atau lebih mesra disapa dengan nama Kak Ani bakal memberikan tumpuan untuk single terbaharunya tidak lama lagi.

“Selepas Ramadan ini, saya akan fokus aktiviti rakaman single terbaharu setelah single Intan Payung selesai kontrak promosi. Single terbaharu ini dijangka akan melibatkan seorang artis undangan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Struktur melodi ini sememangnya sangat sesuai dengan konsep dan vokal artis ini untuk berkolaborasi bersama saya. Pihak saya akan membincangkannya dengan Luncai Emas sebagai penerbit bersama,” katanya.

Dalam pada itu, biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai artis, Kak Ani masih sempat memikirkan aktiviti tanggungjawab sosial bersama masyarakat.

“Setahun sekali kita menyambut bulan Ramadan yang mulia dan setelah dua tahun menghadapi pandemik global, saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk meraikan Ramadan yang mulia bersama golongan kurang bernasib baik.

“Menerusi program Sumbangan Iftar Ramadan Sambil Beramal anjuran anjuran bersama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, Persatuan Ibu Bapa & Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Utama dan Musolla AR- Raudhah, seramai 100 orang anak-anak asnaf dari SK Puchong Utama telah disenaraikan dalam penyampaian sumbangan yang berlangsung pada 23 April 2022 lalu di Dataran Putrajaya,” katanya.

Bersyukur acara tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan berjalan lancar, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran rakan artis.

“Teman selebriti seperti Ihab Ismail, Azmir Arif , Zul Arif dan Khairul Hamdi turut hadir memeriahkan acara sambil menghiburkan tetamu. Acara ini juga akan menggerakkan program CSR kepada usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dengan membantu menyediakan platform jualan dan promosi untuk usahawan terlibat.

“Setiap usahawan berpeluang memperkenalkan produk menerusi khidmat kongsi rezeki dengan hanya menghantar produk mereka yang akan dijual dan dipromosikan di sepanjang Ramadan ini.

“Berkat dari usaha ini, saya juga telah mengambil peluang untuk memperkenalkan produk makanan tradisional pertama iaitu Che Ani Produk Premium berasaskan Muruku yang telah mula dipasarkan bermula 1 April lalu.

“Sepanjang diperkenalkan secara kecil-kecilan, produk Muruku premium Che Ani telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Ramai penggemar muruku berminat menjadi wakil jualan atau ejen seiring dengan kempen 1 Ejen : 1 Daerah yang saya perkenalkan,” katanya.

Pandemik global yang melanda dunia banyak memotivasikan Kak Ani untuk terus memandang dari sudut positif dengan mempelajari sistem perniagaan secara dalam talian selain menjalankannya secara fizikal.

Aktiviti ini akan diteruskan selepas Hari Raya nanti untuk jangka panjang dalam Siri Jelajah Akar Kita Zapin 2022 yang akan bermula di Zon Utara pada 20 sehingga 22 Mei 2022 di AEON Mall Bukit Mertajam Pulau Pinang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Nyanyi Karya Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya, Shiha Zikir Angkat Keikhlasan Dalam Lagu Tradisional ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir tampil dengan Minta Ampun, sebuah lagu yang membawa mesej tentang makna sebenar memohon maaf.

Featured Fri, 16 Jul 2021

Tular Gambar Ustaz Don Didakwa Lakukan ‘Sembah Hormat’, Menteri Agama Beri Penjelasan Sebenar

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan pendakwah terkenal Ustaz Don bersiaran secara langsung menerusi sebuah program bual bicara yang membincangkan isu norma baru dalam ibadat […]

Kes Mahkamah Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Sat, 26 Aug 2023
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Syafiq Kyle, Amyra Rosli Menang Pelakon Terbaik Drama Rantaian

Tahniah Syafiq dan Amyra, tak sabar nak tengok korang di Nur 2 nanti!

Featured Tue, 23 Sep 2025

Drone Makin Banyak, Ardell Aryana Minta Nadzmi Adhwa Bertenang – “Isteriku Memang Seorang Pahlawan”

Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi keadaan isterinya yang juga pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana.

Featured Tue, 23 Jun 2026

“Keanggunan Seseorang Tak Terletak Pada Barangan Jenama Mewah” – Anzalna

“Barangan berjenama bukanlah pengukur keanggunan dan keperibadian seseorang” – Anzalna Nasir

Featured Wed, 17 May 2023
error: Content is protected !!