Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 16, 2022 @ 7:00pm

Tarik Langsir Hingga Besi Tercabut Punca Utama Siti Bainun Bengang, Paksa Makan Nasi Seperiuk Dan Ayam Goreng Busuk

Umum sedia maklum, pendakwaan kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella kini masih berlangsung di mahkamah.

Malah, pelbagai keterangan saksi berhubung kes penderaan ini terbongkar setiap kali hari.

Terbaharu, saksi pendakwaan kelima, Yasmin Mahmood, 19, ketika prosiding berlangsung memaklumkan, tindakan Bella yang dikatakan menarik langsir sehingga besi tercabut di salah sebuah bilik di kondominium Wangsa Maju menjadi punca utama mengapa Siti Bainun bengang terhadap Bella.

Difahamkan, selepas kejadian tersebut hubungan Siti Bainun dan Bella mula tidak baik.

“Bella pernah masuk bilik kedua iaitu bilik saya dan adik-adik (penghuni) lain. Bella tertarik langsir hingga besinya tercabut.  Selepas kejadian, Bainun jadi marah dan pukul Bella. Tarikh kejadian saya tak ingat,” katanya.

Dalam pada itu, Yasmin memberitahu dia tidak pasti sama ada jiran-jiran ada mendengar atau tidak sepanjang penderaan berlaku pada Bella di unit kondominium tersebut selama empat bulan meskipun penderaan berlaku di bilik dobi, ruang tamu dan tandas.

“Saya menggunakan cawan plastik warna kuning yang tidak bertangkai untuk menyimbah air panas pada Bella seperti diarahkan Siti Bainun dan tidak menggunakan cawan kaca bertangkai,” jelasnya ketika ditanya oleh peguam, Asiah Abdul Jalil yang mewakili Siti Bainun.

Yasmin juga memaklumkan, cawan Starbucks hanya boleh digunakan oleh Siti Bainun.

Selain itu, Yasmin mengesahkan keterangannya sebelum ini bahawa Bella akan dibogelkan, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin Cuckoo pada bahagian tertentu.

Pada Khamis, Yasmin dalam keterangannya berkata, Siti Bainun mendera Bella setiap hari selama hampir empat bulan iaitu sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Ini termasuklah, memaksa Bella makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk ketika bulan puasa akibat Bella cuba curi-curi makan dan minum ketika ketiadaan Siti Bainun.

 

Sumber: Kosmo, Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 5 May 2020

The Rock didera anak perempuan

Sanggup nyanyikan lagu sama beribu kali demi anak

Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Hiburan Tue, 19 May 2026

Cromok, Barbarik Gegar Pentas Menerusi Konsert Black On White Jun Ini Dengan Tribute Istimewa Untuk Kembara

Cromok & Barbarik bakal bergabung menerusi konsert Black On White yang dijadual berlangsung pada 27 Jun depan di IdeaLive Arena.

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Afgan Pasti Buat Peminatnya Patah Hati

Sabarlah Wahai peminat Afgan…

Trending Sat, 9 Jun 2018

Jemaah Eropah Maut Terjun Depan Kaabah

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Featured Sat, 18 Apr 2020

Jangan berpuas hati meskipun jumlah jangkitan baharu menurun

Seorang pesakit mampu jadi punca ratusan jangkitan

error: Content is protected !!