Euforia Bola 2026
familuv By: Shaidah Shafie May 5, 2020 @ 2:21pm

The Rock didera anak perempuan

Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock sering mengingatkan kita kepada selebriti bertubuh sasa yang badannya bercacah dengan pelbagai corak tatu pada bahagian lengan serta bahu.

Mula dikenali sebagai peninju sebelum membina nama sebagai ahli gusti, The Rock kemudian menceburi dunia lakonan dan sejak itu tidak menoleh ke belakang lagi, malah disenaraikan antara selebriti yang memperoleh pendapatan paling tinggi sepanjang 2019.

Kebanyakan filem yang dibintanginya, jika tidak pecah panggung sekali pun, mendapat sambutan hangat peminat antaranya The Mummy Returns (2001), Driver (2010), Fast & Furious (2013), Hercules (2014) dan Jumanji (2019).

Pada 2016, The Rock meminjamkan suaranya sebagai Maui untuk filem animasi Disney yang cukup terkenal dalam kalangan kanak-kanak iaitu Moana.

Bagaimanapun, siapa sangka di sebalik badan yang sasa itu, The Rock adalah bapa penyayang dan sentiasa kalah dengan kerenah anak perempuan bongsu, Tia yang cukup gemar dengan lagu daripada filem Moana lakonan bapanya sendiri.

The Rock mempunyai tiga anak, Simone Alexandra daripada perkahwinan pertama dengan Dany Garcia, manakala Jasmine Lia dan Tia Giana pula adalah anaknya daripada perkahwinan kedua bersama-sama Lauren Hashien.

Dwayne Johnson atau The Rock bersama anak perempuan keduanya, Jasmine Lia. Foto: Instagram @therock.

Menerusi laman media sosialnya, Instagram @The Rock, beliau sering juga menyelitkan video perbualannya dengan Jasmine yang dipanggil Jazzy dan Tia yang mungkin belum memahami bahawa bapa mereka adalah pelakon terkenal.

Akaun Instagramnya yang memiliki 182 juta pengikut itu kebanyakannya dipenuhi hantaran The Rock mengenai kegiatan lakonannya, namun ada beberapa yang menarik perhatian mengenai hantaran membabitkan Jazzy dan Tia.

Sempena sambutan Hari Ibu pada 10 Mei ini, jom kita lihat bagaimana The Rock cuba memujuk Tia supaya mengakui bahawa bapalah yang terbaik dan bukannya ibu mereka.

Hantaran yang mendapat 20,204,705 tontonan (view) ketika artikel ini dihasilkan ternyata mencuit hati kerana beliau tidak berjaya mempengaruhi si kecil Tia yang berwajah selamba menyebut ibu adalah yang terbaik dan tidak memandang pun wajah bapanya.

Dalam satu hantaran lain, The Rock menulis beliau menyanyi sebanyak 1,927 kali untuk memujuk Tia supaya tidur, tetapi tidak berjaya kerana anak perempuannya itu tetap mahu menyanyi lagu yang sama.

Perkongsian yang mendapat 7,777,023 tontonan itu jelas memperlihatkan sisi kebapaan The Rock dan mungkin benar tanggapan mengenai anak perempuan lebih rapat dengan bapa.

The Rock juga ternyata menghargai wanita kerana mengajar anaknya menyebut perkataan Hari Wanita Antarabangsa, kuasa wanita dan beberapa perkataan lain yang mencuit hati.

Sepintas lalu, beliau yang kelihatan bersifat lasar dan lasak itu sebenarnya adalah bapa yang baik dan penyayang kerana sentiasa ada masa untuk melayan kerenah dua anaknya.

Alangkah bagusnya jika ramai bapa melayan anak perempuan mereka seperti The Rock melayan Jazzy dan Tia, pasti ramai wanita bahagia tak terkata dalam hidup.

SUMBER FOTO: Instagram @the rock

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022

Pihak Produksi Hanya Bayar Separuh, Ibu Wafariena Ambil Tindakan Undang-Undang

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik

familuv Tue, 23 Oct 2018

‘Me Time’ Ruang Bersendirian Bagi Si Ibu Untuk Reset Minda Yang Berserabut

Isteri dan ibu bukan hamba, mereka juga berhak punya masa untuk diri sendiri.

Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

Libur gaya baharu, tidak perlu keluar rumah. Ketahui bagaimana!

Bawa percutian kondusif ke kediaman sendiri

Featured Mon, 10 May 2021

Izzue Islam Akui  Covid-19 Beri Hikmah Dalam Hidup, Hubungan Dan Kerjaya Menerusi Bersoal Dengan Lipton

Pelakon, penyanyi dan usahawan, Izzue Islam mengakui situasi Covid-19 banyak memberi hikmah kepada beliau dalam kehidupan sehariannya menerusi Program Bersoal Dengan Lipton bersama hos, Fiza Frizzy. Izzue menjelaskan situasi Covid-19 memberi kesan kepada perniagaannya namun situasi […]

Featured Thu, 17 Jul 2025

Lakukan Amang Seksual, Ustaz Selebriti Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa

Pihak polis telah menerima lapan laporan membabitkan individu terbabit.

Featured Tue, 21 Dec 2021

Lelaki Cuba Redah Banjir Untuk Berlindung Di Tempat Selamat Ditemui Lemas

Percubaan seorang lelaki yang berusaha untuk meredah banjir menuju ke tempat selamat selepas rumahnya dinaiki air berakhir dengan tragedi apabila ditemukan maut di perkarangan perumahannya di Flat Taman Permata, Dengkil pada Isnin. Memetik laporan BERNAMA, […]

Featured Fri, 19 Jan 2024

Isu Penamatan Kontrak Tyzo, Ini Penjelasan Rasmi Pihak Suria – “ Dia Mahu Extend Kontrak 6 Bulan Sahaja”

Susulan kontroversi dan provokasi yang timbul mengenai penamatan kontrak bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander, Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad, Datuk Dr. Mohd Aminuddin […]

error: Content is protected !!