Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 6, 2024 @ 4:01pm

“Dating Pergi US, Bibik Yang Jaga… Memanglah Trauma!” – Bukan Culik, Noh Salleh Mahu Selamatkan Musa… Nekad Mahu Lawan Berlandaskan Undang-Undang

Penyanyi Noh Salleh memberikan respons susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak bekas isterinya, Mizz Nina apabila mendakwa anak angkatnya, Musa trauma akibat insiden dibawa keluar dari rumah tanpa pengetahuannya.

Menurut Noh, kenyataan itu sama sekali tidak benar, memandangkan sepanjang tempoh tiga minggu Musa dibawah jagaannya, kanak-kanak itu kelihatan sangat gembira.

Bahkan, Noh atau nama penuhnya, Mohammad Noh Salleh, 38, menjelaskan isu trauma itu wujud apabila Musa dibawah jagaan Mizz Nina.

“Selama tiga minggu dengan kami, dia (Musa) tidur bangun dengan kami memang sangat happy. Siap pernah tengok video saya post sebelum ni? Saya tak pernah tengok muka Musa happy sebelum ni,” katanya.

“Trauma memang trauma. Kau (Mizz Nina) tak pernah jaga dia… Kau tinggal-tinggal pergi dating, pergi US. Yang jaga bibik. So, yang trauma tu dibawah jagaan dia. Kamu semua kena faham,” katanya.

Noh berkata demikian ketika ditemu bual portal hiburan popular usai perbicaraan kes yang berlangsung pada Selasa.

Mengulas lanjut, Noh menafikan sekeras-kerasnya bahawa wujud isu penculikan Musa seperti yang tular sebelum ini.

Katanya, dia hanya mahu menyelamatkan anaknya itu dan bukan menculik seperti yang didakwa.

Justeru, dia nekad untuk mempertahankan haknya dalam kes penjagaan Musa, namun mengikut dan berlandaskan undang-undang.

“Itulah kita kena hormat Mahkamah, aku akan ikut by law… dan saya kembali kepada tujuan asal kenapa saya sanggup dan kenapa mak dia ambil Musa atas kebajikan penjagaan Musa. Something happen. Saya tak  mahu komen tentang itu. So, anything untuk kebaikan Musa.

“Saya akan selamatkan Musa sebab kita cukup surat dan tiada unsur culik. Dua kali dia buat laporan polis terhadap kita so kalau betul saya culik polis akan ambil tindakan. Tak boleh pergi syariah dan akan tarik bali kes. tapi harini?  Usaha akan dapatkan Musa, Inshaa-Allah semuanya demi kebaikan Musa,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

 

 

Sumber: Ohbulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Mar 2025

“Tak Kisahlah Nak Pinangkan Madu Atau…” – Mona Allen Minta Jangan Normalisasikan Jaja Isu Rumah Tangga Pada Umum

Ada pihak yang sanggup menjadikan isu rumah tangga mereka sebagai ‘content’ untuk tontonan umum.

Featured Mon, 9 Feb 2026
Hiburan Fri, 15 Dec 2017

李æČ»ć»·æ™’恄èș«ć‡è‚„才搎ćŻčæŻ”ç…§

李æČ»ć»·èż‘æ—„晒ć‡șäž€ćŒ ç˜Šèș«ć‰ć’Œç˜Šèș«ćŽçš„ćŻčæŻ”ć›ŸïŒŒèż˜è‡Șæˆ‘è°ƒäŸƒé“ïŒšæœ‰æ™‚ć€™æˆ‘ćœšæƒłïŒŒćšäž€äžȘć°èƒ–ć­æ˜Żäžæ˜ŻæŻ”èŸƒèœ»æŸïŒŸ

Eat Travel Tue, 16 Jul 2019

17 foto mengapa Hoi An di Vietnam dipilih bandar terbaik dunia 2019

Dekat saja dengan Malaysia, jadi bolehlah pergi melancong!

familuv Wed, 15 Aug 2018

Resepi Ais Krim Buah Ini Sesuai Untuk Si Comel Yang Sedang Tumbuh Gigi

Bukan saja dapat melegakan kesakitan, ais krim buah ini juga berkhasiat!

Featured Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Video Reza Hasbi Bertumbuk Tular, Apa Kes Ni?

Reza Hasbi ‘salah’ meletak kereta di kawasan parkir tidak dibenarkan.

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Salman Khan Ke Penjara Lima Tahun

Salman didapati membunuh dua haiwan spesies terancam itu pada September 1998 di Kankani, Jodhpur ketika penggambaran filem Hum Saath Saath Hain.

error: Content is protected !!