Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi October 31, 2022 @ 8:00pm

“Baju Ini Dihasilkan Selama 400 Jam” – Rossa Tak Kisah Habis Ratusan Ribu Ringgit Demi Konsertnya

Kerinduan para peminat terhadap penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa akhirnya terubat selepas dia akan muncul dengan persembahan Konsert Rossa 25 Shining Years di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu ini.

Rossa yang popular dengan lagu Tegar itu memberi bayangan bahawa konsertnya itu akan menampilkan perbezaan dengan konsert di kota-kota di Indonesia sebelum ini dan durasi konsert itu juga akan lebih dari dua jam.

“Nanti bintang jemputannya juga berbeza dengan di Indonesia. Dan ada senarai lagu yang berubah.

“Semua lagu-lagu saya yang popular pasti akan dinyanyikan dan susunan muzik itu juga berbeza dari konsert sebelumnya.

“Konsertya juga lebih dari dua jam, biasa hanya satu setengah jam sahaja tapi kali ini akan lebih dari dua jam dan lebih 25 buah lagu yang akan dinyanyikan,” katanya kepada XTRA.

Tambah Rossa, konsert itu bermakna baginya apabila dia akan menggayakan busana hasil rekaan pereka fesyen ternama antarabangsa sehingga tular di media sosial dek kerana harganya yang mencecah ratusan ribu ringgit.

“Baju yang akan menjadi pembukaan konsert saya dibuat oleh Iris Van Herpen, seorang pereka dari Amsterdam.

“Baju itu dibawa ke Indonesia dan menjadi viral kerana harga baju itu mahal tetapi bukan sekadar harganya yang mahal tapi pereka itu sendiri yang memilih siapa yang boleh memakai baju hasil rekaannya.

“Baju ini dihasilkan selama 400 jam untuk konsert saya jadi saya sangat bebesar hati untuk memakainya,” jelas pelantun lagu Pudar itu.

 

Busana rekaan Iris Van Herpen

Memilih Judika dan penyanyi tanah air, Hael Husaini  sebagai artis undangan yang akan turut menjayakan konsert tersebut, Rossa berkata dia mahu rakan-rakan penyanyi berkongsi pentas dengannya dalam meniti usia lebih 25 tahun pembabitannya dalam industri muzik.

“Saya memilih bintang jemputan yang berbeza kerana saya mahu mempunyai banyak teman jadi saya ingin mengajak rakan-rakan saya untuk ada bersama dan merasai pentas 25 tahun saya.

“Yang akan menjadi artis jemputan pada malam tersebut ialah Hael Husaini,” ujarnya gembira.

Berbicara soal lebih 25 tahun bergelar penyanyi hebat Indonesia, Rossa meluahkan rasa gembira apabila namanya sering menjadi dambaan peminat tanpa mengira usia sehingga kini.

“Perasaanya ‘happy’ sangat, sebab selama 25 tahun saya menembusi generasi-generasi seperti saya sering membuat persembahan kepada pelajar sekolah jadi mereka selalu berkata mereka mula mendengar lagu saya dari kecil lagi.

“Lagu-lagu saya dihafal oleh anak-anak berumur belasan tahun itu buat saya berasa untung kerana tidak semua artis mampu melakukan itu,” tutupnya.

Pada malam konsert eksklusif itu juga, Rossa bakal menghiburkan peminatnya dengan lebih 25 buah lagu popular termasuk beberapa lagu yang tidak pernah didendangkan di Indonesia yang melibatkan empat pengarah muzik meliputi Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana dan Andi Rianto.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Dec 2020
Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Enggan Menipu, Anna Jobling Utamakan Kejujuran

Anna Jobling menjadi pilihan pelbagai jenama.

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Subhanallah…Alunan Suara Neelofa Mengaji Al-Quran Di Aplikasi Muslim Pro

Alhamdulillah…Makna By Lofa bakal bantu muslim di luar sana untuk memahami maksud bacaan Al-Quran dalam Bahasa Melayu.

Featured Mon, 3 Apr 2023
Featured Fri, 2 Mar 2018

Keliru Apa Perbezaan Expired Date, Use Before & Use By? Baca Penjelasan Ini, Penting!

Tahukah anda perbezaan antara EXPIRED DATE, USE BEFORE dan USE BY?

Trending Sun, 14 Feb 2021

Tak Dapat Tahan Sebak, Riena Diana Menangis Dengar Kisah Wanita OKU

Pelakon Riena Diana gagal menahan sebak apabila mendengar perkongsian seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) bernama Siti Mariam Ismail menerusi platform Instagram Live miliknya. Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamariena Diana Zulreal, 24, menggunakan platform […]

Events Wed, 16 Oct 2019
error: Content is protected !!