Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 9, 2023 @ 3:22pm

“Hanya Salah Faham, Sejak Berkahwin Sampai Sekarang Alhamdulillah Kereta Tak Pernah Kena Tarik” – Fauzi Nawawi

Pelakon, Fauzi Nawawi tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik kenyataan isterinya, aktres Lisdawati yang mengakui tidak mendapat tawaran bekerja selama empat tahun selepas memakai hijab.

Menurut Fauzi, isterinya ditemubual tentang cabarannya memakai hijab beberapa tahun lalu namun tajuk berita tersebut disalah erti oleh sesetengah pihak.

“Isteri saya pada ketika itu ditemubual tentang isu yang berlaku dalam kalangan selebriti yang memakai hijab, kemudian buka.

“Dia cuba berikan inspirasi bahawa pada awal waktu dia mula berhijab dahulu, selama empat tahun dia tidak dapat tawaran berlakon.

“Tetapi tajuk berita itu disalah erti. Bayangkan, kalau dia tak ada kerja bagaimana dia boleh pergi menunaikan Haji,” tuturnya.

Fauzi Nawawi

Fauzi bagaimanapun mengakui maruahnya tercalar apabila berita tersebut heboh di media sosial namun dia menjelaskan sepanjang perkahwinan mereka yang terbina selama 16 tahun itu, mereka tidak pernah berdepan masalah kewangan yang teruk sehingga kereta terpaksa ditarik.

“Saya akui waktu awal-awal dia pakai tudung dulu dia sedih setiap hari sebab tak ada job, tak ada yang nak terima.

“Dia sabar sehingga ke hari ini, selepas empat tahun itu ada saja dia dapat tawaran bekerja. Reaksi isteri biasa sajalah, dia malas untuk jelaskan. Sebagai suami saya rasa maruah saya tercalar dengan komen negatif.

“Sejak berkahwin sampai sekarang Alhamdulillah, kereta tak pernah kena tarik.. Sekarang kami duduk di rumah yang selesa. Kereta saya dah habis bayar, kereta isteri saja masih ada hutang.

“Kalau kereta saya kena tarik sudah pasti jiran saya dah kecoh. Alhamdulillah, saya mampu beli rumah di Taman Melawati.

“Bagi saya tak perlu tunjukkan kemewahan,” katanya ketika ditemui di Majlis Sidang Media dan Tayangan Filem Malbatt.

Artikel Berkaitan: Tidak Diberi Tawaran Berlakon, Lisdawati Terpaksa Bergolok Gadai – “Sebab Saya Pakai Tudung Ke?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Oct 2021

Kompaun Buat Pengguna Sijil Palsu Vaksin

Pihak polis akan memeriksa mana-mana Individu yang ingin melakukan percubaan menggunakan sijil vaksinasi palsu untuk merentas negeri. Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M […]

Featured Sat, 24 May 2025
Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Events Tue, 15 Jan 2019

“Saya Doakan Dia Segera Sembuh” Khai Bahar Enggan Perjelas Hubungan Bersama Wany Hasrita

Biarlah Rahsia, Wah! Macam lagu Dato Sri Siti Nurhaliza pulak kan?

Hiburan Mon, 13 Nov 2023

Isu Boikot, Fasha Sandha Selesa Tak Beri Komen Lanjut – “Terus Doakan Mereka”

Fasha mohon orang ramai tak henti titip doa untuk mereka di Palestin.

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Sesuai Untuk Pengguna Islam…Raihan Perkenal Haruman Bebas Alkohol

Terbaiklah Raihan, korang kena support okay!

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

Priyanka Chopra Buka Mulut Soal Zuriat

Sebelum ini, Nick Jonas pernah memberitahu dia mahukan cahaya mata. Menerusi temubual dengan The Rewind with Guy Raz, dia memasang impian bergelar bapa suatu hari nanti. 

error: Content is protected !!