Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 4, 2024 @ 9:35am

Anak Bujang Buka Mulut, Rossa Sebak Dengar Perkongsian Putera Tunggal Dalam Filem Dokumentari

Perkongsian Rizky Langit Ramadhan, 18, yang merupakan anak lelaki bintang terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa dalam filem dokumentari All Access Rossa 25 Shining Years membuatkan penyanyi itu sebak.

Menurut penyanyi lagu Takdir Cinta itu, tidak mudah untuk anak tunggalnya memberikan pesetujuan untuk menjayakan naskhah itu kerana sebelum ini, dia lebih selesa untuk tidak terlalu tampil ke hadapan.

“Anak kesayangan saya seorang yang pemalu. Dia tak banyak bercakap. Malah sejak dahulu lagi, dia juga tidak ke depan memandangkan saya tidak terlalu dedahkan Rizky kepada rakan media yang mahu menemubualnya. Ramai yang sedia maklum dan menghormati permintaan saya itu dan Rizky juga senang dengan cara sedemikian.

“Namun begitu, untuk kali ini, saya ada beritahu anak yang saya mahu menghasilkan sebuah filem dokumentari. Saya bertanya, adakah dia terbuka sekiranya produksi ingin bertanya beberapa soalan? Dia bersetuju tetapi mahu menjawabnya dengan jujur tanpa skrip,” katanya.

Rizky adalah anak hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami, ahli kumpulan Padi, Yoyo atau nama sebenarnya, Surendro Prasetyo, 48.

Rossa dan Yoyo mendirikan rumah tangga pada pada 18 Mac 2004, namun berpisah lima tahun kemudian.

Menurut pelantun lagu Kamu Yang Ku Tunggu itu, dia hanya tahu mengenai perkongsian Rizky ketika melakukan sesi suntingan akhir karya terbabit.

“Saya juga tiada bersamanya ketika itu kerana masing-masing menjalani penggambaran sendiri. Jadi saya tidak tahu apa yang diberitahu oleh setiap individu terdekat, termasuk bekas suami.

“Jadi saya terkejut ketika tahu mengenai perkara itu waktu fasa suntingan awal. Saya menangis kerana selalunya kami akan hanya berkongsi rasa sebagai ibu dan anak dari luar lensa sahaja.

“Jadi apabila Rizky meluahkan secara formal di set, perasaannya itu rasanya sangat berbeza. Menerusi filem inilah, saya baru tahu apa pandangannya mengenai diri saya. Rasa syukur dan terharu.

“Terima kasih kepada keseluruhan krew produksi yang berjaya mempersembahkan filem ini secara jelas mengenai perjalanan seni saya selama ini.

“Mudah-mudahan filem dokumentari All Access Rossa 25 Shining Years tidak akan membosankan penonton dan semoga kalian dapat menikmati setiap momen yang disajikan di dalam naskhah ini,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

Filem dokumentari All Access Rossa 25 Shining Years arahan Ani Ema Susanti diterbitkan oleh Inspire Pictures bersama Sinemaku Pictures dan Time International Films menjengah pawagam seluruh Indonesia bermula 1 Ogos lalu.

Turut berkongsi mengenai rahsia kerjaya dan kehidupan peribadinya, filem All Access Rossa 25 Shining Years bakal ditayangkan di Malaysia pada September ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 May 2024

Berbeza Pendapat Isu P*lestin, Kasih Iris Leona Mohon Netizen Jangan Samakan Dengan Azhar Sulaiman 

Masing-masing ada pendapat sendiri kan? JAdi terpulang pada anda untuk menilai😎✌️

Hiburan Mon, 23 Oct 2023

Britney Spears Dedah Diajar Ambil Minuman Keras Oleh Ibu Sendiri

Semua orang pasti ada memori hidup mereka tersendiri kan! Tapi kita jangan pula tiru cara Britney Spears tau!

Featured Sat, 16 Apr 2022
Hiburan Thu, 29 Nov 2018

Kutipan Cecah RM 30 Juta, PASKAL Sumbang RM 100,000 Untuk Tabung TLDM

Paskal menyumbangkan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘ Belum Pernah Saya Tak Bayar Gaji’- Che Ta Jawab Dakwaan Pemandu Peribadi

Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan dan orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi.

Featured Tue, 7 Jan 2025

Tipikal & Klise, Juliana Evans Tolak Watak Penyondol – “Watak Tu Merendahkan Wanita”

Katanya, watak tersebut terlalu klise dan menjatuhkan martabat seorang wanita

Hiburan Wed, 10 May 2023
error: Content is protected !!