Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 17, 2024 @ 1:30pm

Berbeza Pendapat Isu P*lestin, Kasih Iris Leona Mohon Netizen Jangan Samakan Dengan Azhar Sulaiman 

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona mencuri tumpuan selepas dia tampil berani menyuarakan pendapatnya mengenai isu di negara bergolak, Palestin.

Menurutnya, dia dan bapanya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai isu tersebut, sekaligus meminta agar warganet tidak menilai dirinya sepertimana komen-komen yang diberikan terhadap Azhar.

“Pendapat ayah saya tidak mencerminkan pendapat saya dalam sebarang hal.

“Saya sangat menentang tindakan yang dilakukan Isr**l dan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin

“Jadi tolong jangan anggap bahawa hanya kerana kami ada pertalian darah maka kami juga mempunyai pandangan yang sama,” katanya.

Perkara itu dikongsi Leona, 21, menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di platform X.

 

Dalam pada itu, Leona juga berkongsi bahawa sebagai seorang yang pernah berkunjung ke negara bergolak itu, dia sedar bahawa isu tersebut sudah lama berlaku memandangkan pada ketika itu, ada individu wanita yang tidak dikenalinya meminta untuk terus mendoakan keselamatan dan keamanaan bumi Palestin.

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet memuji tindakan Leona yang dianggap matang dan berani.

Namun, ada juga yang berharap bahawa kenyataan Leona ini adalah ikhlas dan bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak.

 

Pada Khamis, Azhar Sulaiman menerima kecaman hebat dalam kalangan warganet gara-gara mempertikai tindakan ketenteraan Hamas dan menyeru rakan artis yang menyokong tindakan tersebut untuk berpindah dan membantu rakyat Palestin.

Bagaimanapun, sedar dengan kenyataannya yang terlalu mengikut perasaan, Azhar dilihat memadam hantaran tersebut sebaik sahaja ia dimuat naik.

ARTIKEL BERKAITAN:Azhar Sulaiman Dikecam Gara-Gara Pertikai Serangan Tentera H*m*s – “Kepada Artis Malaysia Yang Sokong Tu, Sila Pindah & Bantu Orang Disana”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Tue, 21 Nov 2023
LIFESTYLE Thu, 28 Mar 2019

The Capella Hotels & Resorts: A 5-Star Effort in Attaining Excellent Sustainability

The Capella Hotels & Resorts are committed to caring for the environment.

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Baru Bernikah, Sasha Saidin Dah Dituduh Perampas

Apa-apa pun dah selamat pun bernikah…doakan lah kebahagiaan mereka ye?

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

经典唱将担任罗大佑演唱会嘉宾!一起唱响梦想

《经典俱乐部》明星唱将担任演唱会特别嘉宾,与罗大佑一起唱响梦想,无悔青春!

Hiburan Sat, 23 Dec 2017

Hati Hans Isaac Tertutup Sudah …

Soal mencari pengganti selepas putus tunang tertutup sudah kerana tidak dapat menerima hakikat

Trending Mon, 26 Nov 2018

让用餐变成玩游戏「工程车餐具」让小朋友乖乖吃饭

许多父母或是很多陪孩子玩的人都知道,让小孩可以乖乖开口吃饭,绝对不是件容易的事;美国有个公司推出一款「工程车餐具」……

Featured Tue, 21 Jun 2022

Individu Persenda & Hina Kematian Adibah Noor Akhirnya Mohon Maaf

Alhamdulillah. Janjih tak buta lagi okay!

error: Content is protected !!