Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 13, 2023 @ 8:00pm

Isu Boikot, Fasha Sandha Selesa Tak Beri Komen Lanjut – “Terus Doakan Mereka”

Pelakon Fasha Sandha, 39, selesa untuk tidak memberikan komen lanjut berkaitan isu boikot beberapa jenama susulan konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin.

Menurut pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, tindakan itu dilakukan untuk menjaga hati semua pihak selain menganggap isu terbabit terlalu subjektif untuk dibahaskan.

“Saya tak nak kata boikot atau apa, takut tersalah cakap. Banyak hati perlu dijaga, sama ada pihak yang memboikot dan pihak yang tidak memboikot.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Banyak pihak terlibat dalam isu ini, ada pekerja yang menanggung keluarga dan sebagainya. Kalau ramai yang suruh pekerja berhenti, tak semudah yang disangka untuk mencari pekerjaan baharu dalam keadaan ekonomi sekarang.

“Banyak aspek yang perlu saya teliti sebelum memberi komen, jadi lebih baik saya tak berikan sebarang komen,” katanya kepada XTRA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Tambah Fasha, hidup perlu diteruskan seperti biasa dan dia memohon orang ramai terus berdoa demi kesejahteraan mereka yang berada di Palestin.

“Ada yang tinggalkan komen mengaitkan isu Palestin di foto Instagram saya ketika menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya. Pada saya, hidup perlu diteruskan tetapi jangan berhenti mendoakan Palestin.

“Kita tak boleh terlalu taasub sampai menjejaskan kehidupan seharian kita. Semua orang ada pendapat mereka, saya tetap mendoakan mereka.

“Jangan berhenti berdoa tetapi kehidupan memang kena diteruskan. Saya percaya, setiap individu ada cara tersendiri untuk menzahirkan solidariti terhadap Palestin,” katanya.

Fasha ditemui di majlis pelancaran butik Al Faro x Fasha Sandha di Seksyen 7, Shah Alam.

Pelakon drama bersiri Natasha itu tumpang berbangga apabila jenama yang diwakilinya itu semakin berjaya dalam bisnes.

“Alhamdulillah, saya gembira melihat rangkaian baharu Al Faro di Seksyen 7, Shah Alam dan baru-baru ini di Times Square. Bila dah tambah cawangan maksudnya perniagaan makin lama makin maju.

“Saya hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang saya wakili. Saya ta,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] “Kalau Tau Suruh Dia Buat Silat Masa Kahwin” – Neelofa Terhibur PU Riz Terkejut Siap Buka Langkah Kuda!

Min saja ulang banyak kali video PU Riz bersilat 🤣🤣 Terkejut sangat ni hahaa

Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Jom Throwback Senarai Juara Lagu 2010-2014!

Jom kami kasi throwback sikit…

Hiburan Thu, 3 Apr 2025
Featured Tue, 23 May 2023
#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023
error: Content is protected !!