Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops October 23, 2018 @ 5:00pm

Negara-Negara Mana Yang Paling Selamat & Tak Selamat Untuk Dilawati Di Dunia? Ini Jawapannya

Anda mesti ada sediakan sebuah senarai tempat-tempat yang anda ingin lawati, berdasarkan budaya, sejarah, masakan serta tarikan pelancongan mereka.

Walau bagaimanapun, anda juga patut menitikberatkan tahap keselamatan bagi mengurangkan risiko anda menemui masalah ketika melancong.

Dengan laporan 2018 Global Law And Order Index oleh Gallup, anda boleh ketahui betul-betul negara mana yang selamat, dan negara mana yang anda patut buang daripada travel bucket list buat masa ini.

Lebih daripada 148,000 orang dari 142 negara berumur 15 tahun ke atas telah disoal jawab. Para responden telah menjawab soalan-soalan yang menyentuh pengalaman peribadi mereka dan tahap keselamatan yang mereka rasai di tempat tinggal mereka.

Foto: TripSavvy

Bancian ini telah mendedahkan jawapan untuk soalan-soalan berikut:

  • Di dalam bandar atau kawasan di mana anda tinggal, adakah anda yakin terhadap pasukan polis tempatan?
  • Adakah anda rasa selamat apabila berjalan seorang-seorang pada waktu malam di bandar atau kawasan tempat tinggal anda?
  • Dalam masa 12 bulan lepas, pernahkah anda atau orang yang tinggal serumah dengan anda menjadi mangsa kecurian?
  • Dalam masa 12 bulan lepas, pernahkah anda diserang (assaulted or mugged)?

Menurut Jon Clifton dari Gallup, bancian ini ingin menangani percanggahan di antara statistik rasmi dengan pengalaman peribadi rakyat.

“Di dalam masyarakat yang kurang selamat, penduduknya tidak melaporkan kepada pihat berkuasa sekiranya mereka diserang. Jadi data rasmi mungkin tidak melambangkan keadaan keselamatan tempat itu dengan tepat,” katanya.

Markah yang terkumpul di dalam bancian ini menunjukkan sejauh mana penduduk sesebuah negara itu rasa selamat. Lagi tinggi markahnya, lagi ramai orang yang melaporkan mereka rasa selamat.

Negara-negara paling selamat

  1. Singapore (97)
  2. Norway, Iceland, Finland (93)
  3. Uzbekistan, Hong Kong (91)
  4. Switzerland, Canada (90)
  5. Indonesia (89)
  6. Denmark, Slovenia, Luxembourg, Austria, China, Netherlands, Egypt (88)

Foto: South China Morning Post

Negara-negara paling tak selamat

  1. Venezuela (44)
  2. Afghanistan (45)
  3. South Sudan (54)
  4. Gabon (55)
  5. Liberia (56)
  6. South Africa, Mexico (58)
  7. Dominican Republic (60)
  8. Bolivia, Sierra Leone, Botswana (61)

So macam mana? Adakah anda terkejut melihat mana-mana negara di atas? Menurut pengalaman atau pengetahuan anda sendiri, memang patut tak mereka dilabel selamat atau tak selamat?

Apa-apa pun, untuk percutian anda yang seterusnya, take note dengan info di atas, ya!

Sumber: Reader’s Digest Asia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022
Featured Wed, 4 Jan 2023

“Jangan Cepat Catch Feelings” – Nasihat Azfar Heri Buka Mata Ramai Jadi Lebih Matang

Umum mengetahui, pempengaruh media sosial Azfar Heri sering memuat naik video menarik untuk tontonan warganet di YouTube. Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsiannya di TikTok apabila dia memberi sedikit nasihat dan motivasi kepada pengikut yang […]

Featured Wed, 1 Apr 2020
Featured Tue, 12 Oct 2021

“Terharu Sampai Bergenang Air Mata” – Ini Reaksi Fazura Bila Lihat Peminat Sarung…

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perniagaan hijab yang diusahakan oleh aktres dan usahawan jelita, Nur Fazura semakin berkembang maju. Buktinya adalah apabila setiap Fazura melancarkan koleksi terbaharu tudungnya, pasti terus […]

Featured Mon, 27 Oct 2025

Zizi Kirana Titip Pesan Hidup Bukan Tentang Meraih Pujian Manusia

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menitipkan pesanan mendalam tentang erti kehidupan sebenar.

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Wed, 28 Nov 2018
Featured Tue, 7 Jan 2020
error: Content is protected !!