Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 27, 2020 @ 3:00pm

Rendang, lemang bukan punca kemunculan jerawat

Makanan berlemak dan berminyak seperti rendang atau lemang sering disalah anggap sebagai penyebab kemunculan jerawat pada wajah.

Tidak dinafikan makanan berminyak boleh menyebabkan jerawat, namun hal itu tidak berlaku pada semua kulit wajah, sebaliknya bergantung pada jenis kulit dan penerimaan individu terhadap makanan itu sendiri.

Lemang bukan punca jerawat – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Pegawai Sains Pemakanan, Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Muhammad Asyraf Ismail, berkata ada individu alah pada makanan jenis kekacang dan ada juga yang alah pada makanan berminyak, tetapi bukan semua individu akan menerima reaksi yang sama.

“Reaksi itu bergantung pada penerimaan individu terhadap jenis makanan dan bukan disebabkan oleh makanan itu sendiri. Makanan berlemak dan bergoreng contohnya meningkatkan glukosa (gula) dalam darah yang terhasil daripada karbohidrat dan lemak dan ini boleh menyebabkan jerawat.

“Begitu juga dengan produk tenusu seperti susu lembu mengandungi tinggi lemak dan hormon yang boleh menyebabkan alahan pada individu yang mengambilnya,” katanya ketika dihubungi, baru-baru.

Selain dua jenis makanan di atas, produk lain yang boleh memberi kesan pada individu ialah makanan daripada karbohidrat yang diproses kerana mengandungi gula yang tinggi.

Gulai kawah, walaupun berminyak menu ini sangat menyelerakan jika dimakan bersama nasi panas – gambar hiasan. Foto: NSTP/L Manimaran.

Muhammad Asyraf berkata, pengambilan minuman berkafein dan berkarbonat akan mengakibatkan kelenjar adrenalin merembes hormon yang mendorong berlakunya stres dan mengakibatkan individu berkenaan sukar tidur

Katanya, seseorang yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi boleh menyebabkan kulit akan mula bermasalah.

“Minuman berkarbonat mengandungi banyak gula, untuk satu tin minuman berkarbonat mengandungi tujuh sudu teh gula. Oleh itu kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan lagi keadaan bagi kulit yang sudah ditumbuhi jetawat,” katanya.

Rendang sering dianggap sebagai punca jerawat walaupun tiada bukti saintifik mengenainya – gambar hiasan. Foto: NSTP/Rohanis Syukri

Selain makanan, faktor lain yang boleh menyebabkan terjadinya jerawat pada kulit wajah ialah:

1. Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi phenytoin, iodin, bromide, steroid, isoniazid dan litium.

2. Memakai pakaian yang terlalu ketat pada permukaan kulit juga boleh menimbulkan jerawat (pada badan).

3. Penggunaan produk kulit/rambut yang berminyak menyebabkan liang roma tersumbat dan mendorong pertumbuhan jerawat.

4. Kerap terdedah kepada persekitaran berminyak, kotor dan dipenuhi bakteria Propionibacterium Acnes.

5. Perubahan hormon androgen berlebihan seperti sidrom polisistik ovari menyebabkan jerawat timbul.

Pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkab jerawat pada wajah – gambar hiasan. Foto: NSTP/Azhar Ramli.

Muhammad Asyraf turut berkongsi panduan untuk mengelakkan wajah daripada ditumbuhi jerawat. Antaranya:

1. Elakkan mengambil makanan yang diproses atau makanan dalam tin kerana makanan bukan daripada sumber asli adalah tidak sihat untuk dimakan.

2. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

3. Amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 25 Oct 2022

“Muka Mama Sangat” – Kecomelan Anak Mira Filzah Curi Tumpuan

Rupa paras comel anak lelaki pelakon dan pengacara Mira Filzah, Wan Khair Amir dihujani dengan pelbagai reaksi positif dan pujian dalam kalangan warganet di Instagram. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik foto […]

Featured Sat, 24 Aug 2024
Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Mon, 5 Feb 2024
Featured Thu, 8 Feb 2018

5 Cara Tambah Berat Badan

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang kecewa dengan berat badan sendiri? Bukan masalah gemuk, tapi masalah underweight, atau terlalu kurus?

Featured Fri, 10 Apr 2020

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Khusus untuk si pencinta alam sekitar

Featured Tue, 25 Oct 2022
Featured Thu, 10 Nov 2022
Featured Mon, 11 Oct 2021

“Bukan Mudah Untuk Tarik Perhatian..” – Kendalikan ABPBH 34 Secara Solo, Sherry Alhadad Akui Gementar

Pengacara berbakat, Sherry Alhadad kembali mengemudi pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 sebagai pengacara buat tahun ini. Menerusi sidang media maya ABPBH 34, Sherry mengakui perasaaan bercampur baur apabila mendapat tahu bakal mengendalikan majlis […]

error: Content is protected !!