Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 10, 2023 @ 8:50pm

Puteri Sarah Reda Dengan Suratan Takdir, Ingin Terus Kuat & Tenang – “Dalam Kehidupan Kita Tak Boleh Miliki Semuanya”

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil berkongsi rasa leganya selepas kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Syamsul Yusof hampir menemui titik noktah.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sarah sendiri menerusi sebuah muat naik di Instagram, sebentar tadi.

Seakan reda dengan suratan takdir yang tertulis, Sarah telah memuat naik gambarnya membelakangi kaabah diiringi kapsyen yang menceritakan tentang lumrah kehidupan.

“Dalam kehidupan kita tak boleh memiliki kesemuanya. Sekuat mana kita genggam, sekuat mana kita cuba tahan bila sampai masanya Allah nak kita lepaskan, kita kena lepaskan.

“Banyak hal yang kita tak boleh nak memiliki dalam masa yang panjang sebab fitrah duniawi memang datang dan pergi.

“Bila kita yakin yang Allah dah aturkan yang terbaik maka kita kena redha dan ikhlaskan. Meski memakan banyak masa, tak mengapa asalkan kita ajar diri dan didik diri untuk lebih bersikap terbuka,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sarah turut menganggap kekecewaan yang dialaminya sebelum ini hanyalah sementara dan mahu menjalani kehidupannya lebih tenang selepas ini.

“Kekecewaan dunia hanyalah sementara sedangkan ada kebahagiaan lain yang Allah cuba simpan untuk kita. Jodoh yang lain Allah simpan untuk kita.

“Apa yang kita perlukan sekarang, hati yang tenang dan bulatkan keyakinan sepenuhnya pada Allah.

“Semoga Allah hadirkan ketenangan dan kekuatan pada diri kita selalu. Amin,” katanya.

Terdahulu, Sarah telah mendedahkan dirinya bersama Syamsul sudah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara aman mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui.

Malah, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan 18 April ini untuk pengarah, Syamsul Yusof melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya pelakon, Puteri Sarah Liyana, pagi tadi.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma-terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Sudah Capai Sepakat! Tiada Pergaduhan” – Puteri Sarah Dedah Syamsul Mulakan Perbincangan Secara Aman

ARTIKEL BERKAITAN:“Berkat Ramadan & Solat Tahajud, Segalanya Dipermudahkan” – Puteri Sarah Bakal Sambut Syawal Dengan Lebih Tenang

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah Bersyukur Syamsul Yusof Setuju Mahu Lafaz Cerai – “Kita Sudah Boleh Terus Move On, Tak Perlu Pening-Pening”

ARTIKEL BERKAITAN:“Hadanah, Nafkah Anak, Nusyuz… Tunggu Minggu Hadapan” – Peguam Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN:Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Nelydia Senrose Sibuk Dengan Persiapan Kahwin

Tarikh perkahwinan masih dirahsiakan dahulu tetapi mengakui yang sedang sibuk dengan persiapan untuk berkahwin. Siapa dia kenalah tunggu ye !

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Kahwin Kali Ketiga, Opick Mohon Doa Peminat

Semoga terus bahagia hingga ke syurga… Insya Allah.

Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Kes Cerai: Diana Danielle Kekal Pendirian Mohon Dilepaskan, Farid Kamil ‘Kunci Mulut’

“Cepatlah selesai, banyak kali dah turun naik mahkamah. Benda yang sama juga,” – Diana Danielle

Featured Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

‘Macam Mana Boleh Kenal Syed Saddiq?’- Raja Yunika Putri Jawab Soalan Netizen

Pelakon cantik ini juga berterima kasih kepada beliau…

Trending Thu, 3 Oct 2019

厕所臭死人!女高生不及穿裤昏迷不治

韩国惊传一起令人匪夷所思的鱼市场厕所臭死人的意外!

Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

Dididik Penuh Kasih, Tapi Jadi Pemberontak? Puteri Balqis Bawa Watak Remaja ‘Lari Dari Rumah’ Dalam Anugerah Tanpa Cahaya

Menurut Puteri Balqis, watak Husna sebenarnya menggambarkan seorang remaja yang sedang mencari arah hidupnya.

error: Content is protected !!