Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 10, 2023 @ 2:10pm

“Kami Sudah Capai Sepakat! Tiada Pergaduhan” – Puteri Sarah Dedah Syamsul Mulakan Perbincangan Secara Aman

Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, mendedahkan suaminya yang juga pengarah tersohor, Syamsul Yusof, 39, telah memulakan langkah untuk mengadakan perbincangan dan semuanya berjalan dengan aman tanpa sebarang pergaduhan.

Menurut Puteri Sarah, perbincangan tersebut telah mencapai kata sepakat dan segala terma dan syarat yang ditetapkan juga telah dipersetujui.

“Semalam kami sudah berjumpa berdua di rumah dan kami sudah berbincang dan capai kata sepakat. Alhamdulillah semua terma-terma dan syarat-syarat sudah dipersetujui. Mungkin sebab berkat bulan Ramadan.

“Ada juga saksi yang bersama kami semalam. Ada sepupu dia bersama dan beberapa lagi. Alhamdulillah tiada gaduh, tiada apa. Saya rasa ia sangat berjalan dengan baik, saya tak perlu pening kepala lagi selepas ini.

“Keluarga kedua-dua belah pihak juga semuanya okay. Kami lakukan kerana anak-anak kami. Semalam pun dia berbuka puasa dengan anak-anak dan selepass dia berbuka puasa, kami duduk berbincang.

“Alhamdulillah semuanya okay, sebab kita mahu teruskan hidup kita dengan tenang. Tak mahu bermusuh dan tiada mahu ada dendam dalam hati,” katanya.

Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini menetapkan 18 April ini untuk pengarah, Syamsul Yusof melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma-terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

ARTIKEL BERKAITAN:“Berkat Ramadan & Solat Tahajud, Segalanya Dipermudahkan” – Puteri Sarah Bakal Sambut Syawal Dengan Lebih Tenang

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah Bersyukur Syamsul Yusof Setuju Mahu Lafaz Cerai – “Kita Sudah Boleh Terus Move On, Tak Perlu Pening-Pening”

ARTIKEL BERKAITAN:“Hadanah, Nafkah Anak, Nusyuz… Tunggu Minggu Hadapan” – Peguam Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN:Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 May 2026

“Dasar Narsisistik! Aku Kena Jadi Pengemis Dekat Company Sendiri, Stay Merata Rumah Family” – Syida Melvin Dakwa Dianiaya Suami?

Syida Melvin kesal dengan tindakan individu didakwa suaminya yang dikatakan culas memberikan nafkah selain diperlakukan seperti pengemis di dalam syarikat milik mereka.

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Cantiknya Khadijah Alkubraa Nama Anak Ketiga Saharul Ridzwan!

Pelakon Saharul Ridzwan menimang anak ketiga pada Sabtu lalu. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Saharul di laman Instagramnya yang memaparkan dia sedang mendukung puteri ketiganya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati. “Subhanallah, Alhamdulillah, […]

Hiburan Wed, 18 Dec 2019
Trending Wed, 30 Jun 2021
Featured Thu, 26 May 2022
Featured Wed, 7 Nov 2018

Ini Cara Gerenti Efektif Untuk Lancarkan Hidung Yang Tersumbat

Leceh betul bila ia berlaku sebab susah nak bernafas!

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

DRAMA KAMPUNG, NYANYIAN SUMBANG WANY HASRITA DIKECAM TERUK!

Lakonan selama 1 minit 17 saat itu merupakan kesilapan terbesar Wany. Malah, ada yang melabelkan drama pendek itu sebagai drama kampung.

Trending Sat, 2 Oct 2021

Khusus Buat Lelaki & Wanita, VANZO Perkenal Rangkaian Wangian Kereta Baharu

Setiap pemilik kereta pasti bersetuju bahawa pewangi kereta antara aksesori kereta yang penting. Antara sebab ia menjadi keutamaan untuk mengelakkan bau tidak menyenangkan terutama pemilik yang gemar menyimpan kasut serta makan di dalam kereta. Tetapi […]

error: Content is protected !!