Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 27, 2026 @ 7:48pm

Filem Konspirasi Angkat Dunia Gelap Politik, Rasuah & Pengkhianatan Dalam Misi Berisiko Tinggi

Filem thriller aksi tempatan Konspirasi kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 21 Mei lalu dengan mengetengahkan kisah penuh debaran mengenai perebutan kuasa, pengkhianatan dan ancaman dalam usaha membanteras rasuah.

Diarahkan Ghaz Abu Bakar, Konspirasi menggabungkan elemen aksi, siasatan siber dan konflik politik dalam sebuah naskhah yang membawa penonton menyelami sisi gelap dunia kuasa dan manipulasi.

Filem terbitan Elepfilm Entertainment bersama Asia Tropical Films itu turut mendapat kerjasama Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi.

Konspirasi dibintangi barisan pelakon popular seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel.

Mengangkat genre political thriller dan aksi siasatan siber, filem tersebut berkisar mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima maklumat sulit berkaitan sebuah pelayan tersembunyi mengandungi senarai ahli politik korup serta transaksi kewangan luar negara.

Bagi memastikan maklumat itu tidak jatuh ke tangan pihak tertentu, Tan Sri Kamil lakonan Roy Azman mengarahkan operasi sulit dijalankan oleh pasukan elit diketuai Adli lakonan Adi Putra bersama Ily, Dhani dan Maya.

Namun, misi tersebut bertukar menjadi krisis besar apabila sebahagian data mula tersebar ke media dan laman gelap sehingga mencetuskan kekecohan politik negara selain menimbulkan persoalan mengenai kewujudan pengkhianat dalam organisasi.

Dalam usaha memburu dalang sebenar, pasukan itu akhirnya menyedari mereka bukan sahaja berdepan permainan politik, tetapi turut terperangkap dalam konspirasi besar melibatkan serangan siber, manipulasi kuasa dan ancaman asing yang mahu melemahkan negara dari dalam.

Menurut Ghaz Abu Bakar, Konspirasi bukan sekadar sebuah filem aksi biasa, tetapi turut membawa mesej mengenai bahaya ketamakan dan penyalahgunaan kuasa.

“Filem ini memperlihatkan bagaimana kuasa, ketamakan dan pengkhianatan mampu meruntuhkan kepercayaan.

“Pada masa sama, kami mahu menunjukkan perjuangan untuk menegakkan kebenaran sentiasa hadir bersama risiko dan pengorbanan,” katanya.

Konspirasi kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 17 Sep 2019

新旧粉丝重聚!李幸倪格外珍惜

Gin李幸倪回马为相隔10年的全新华语专辑《浮世绘》进行宣传,在其一场签唱会上狂飙专辑内难度最高歌曲,让歌迷大喊 “听不够” !

Trending Thu, 21 Nov 2019

McDonald’s Making A Throwback To The 90’s, Bringing Back Iconic Toys In Its Happy Meals

McDonald’s iconic toys make a comeback for Happy Meal 40th anniversary celebration.

Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Trending Tue, 17 Mar 2020
Hiburan Sat, 25 Aug 2018

集全球大马公民录《Sejahtera Malaysia》 MV完整版30日晚曝光

海外马来西亚子民共襄盛举,与大马国民一起庆国庆!耗时三个月集合来自25个国家的大马公民完成影片,8月30日倒数演唱会首度曝光。

Featured Tue, 28 Oct 2025

Ayda Jebat Mengaku Tak Pandai Masak, Netizen Komen Minta Teruskan Usaha 

Ayda Jebat mencuri perhatian warganet apabila secara jujur mengaku dia tidak pandai memasak, namun kini sedang berusaha belajar demi keluarga kecilnya.

error: Content is protected !!