Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 10, 2023 @ 12:06pm

Puteri Sarah Bersyukur Syamsul Yusof Setuju Mahu Lafaz Cerai – “Kita Sudah Boleh Terus Move On, Tak Perlu Pening-Pening”

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, bersyukur apabila permohonan penceraian yang diajukan sudah dipersetujui oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengikut syarat yang akan dibentangkan pada 18 April depan.

Menurut Puteri Sarah, segalanya dipermudahkan selepas mereka bertemu dan berbincang mengenai semua terma serta syarat yang bakal ditetapkan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Kami dah berjumpa dan kami dah berbincang semua terma serta syarat. Apa yang saya dan dia mahu berkenaan anak-anak, nafkah dan sebagainya.

“Malam semalam kami selesaikan semuanya juga. Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan. Jadi semuanya dipermudahkan hari ini.

“Kita sudah boleh teruskan dengan kehidupan masing-masing dengan tenang. Akhirnya semua selesai. Tak perlu nak pening-pening lagi,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Syamsul enggan mengulas lanjut berkenaan hasil persetujuan yang dicapai, hari ini.

“Semua sudah selesai. Ini semua demi kebaikan anak-anak. Saya tak nak cakap lebih-lebih,” katanya ringkas sambil menuju ke tempat letak kereta.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof hadir ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais manakala Puteri Sarah diwakili oleh Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Krisis perkahwinan mereka bakal dinoktahkan selepas pengarah sensasi itu setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Hadanah, Nafkah Anak, Nusyuz… Tunggu Minggu Hadapan” – Peguam Syamsul Yusof

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Nov 2023
Featured Sat, 25 Mar 2023

“Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat, Tapi Dia…” – Patimah Ismail Mohon Henti Buat Spekulasi

Kasih sayang ibu mentua tiada penghujungnya ❤️ “Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti” – Patimah Ismail

Featured Thu, 27 Feb 2025

Dituduh Ubah Wajah, Fathia Latiff Nafi Lakukan Rawatan Ekstrem

Fathia Latiff enggan mengambil pusing kritikan mengenai perubahan wajahnya.

Featured Tue, 13 Sep 2022

Netizen Tuduh Jual Kuih Keria Rentung, Ini Jawapan Balas Lana Nodin

Rasanya dia tak pernah nampak kuih keria gula melaka kot? 😅

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

GLAMPING Lost World Of Tambun: Aktiviti Luar Yang Paling Menjangkau Minda!

Xtra guarantee Glamping Lost World memang terbaik!

Featured Mon, 17 Oct 2022
error: Content is protected !!