Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 5, 2024 @ 9:33am

Syamsul Yusof, Ira Kazar Hadir Ke Mahkamah Dalam Keadaan Tenang Bagi Kes Pengesahan Lafaz Cerai Taklik

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor bagi kes perbicaraan pengesahan lafaz cerai taklik.

Syamsul hadir pada jam 9:05 minit pagi berpakaian sut hitam dengan keadaan tenang mengatakan dia akan memberi respons selepas perbicaraan selesai.

Dalam pada itu, pengarah filem terkenal Munafik ini turut merindui rakan-rakan wartawan.

“Saya baik, Alhamdulillah. Komen saya kita tunggu selepas ini. Rindu kalian,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Ira Kazar, 29, yang hadir lima minit kemudian tidak memberikan apa-apa komen dan hanya tersenyum manis.

Dalam pada itu, Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata kes pada hari ini adalah bagi pengesahan lafaz cerai taklik yang difailkan oleh Ira Kazar.

“Pihak sana serahkan saman pada pihak kami pada 28 Ogos lalu.

“Ira failkan kes cerai taklik ini dua hari selepas kami failkan kes cerai di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

“Terdahulu, Ira failkan kes ini pada 21 Ogos lalu,” katanya.

Pada 19 Ogos, peguam Syamsul iaitu Azmi Rais mengesahkan Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu.

Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

Artikel Berkaitan: Netizen Usik Ada Peluang Rujuk Semula Dengan Syamsul Yusof? Puteri Sarah Respons – “Simpati Dengan Dia Sebab Tak Jangka”

Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Mar 2021
Cahaya Mata Thu, 23 Feb 2023
Featured Fri, 24 Oct 2025

“Kita Bukan Terpaling Bahagia Pun, Jangan Sibuk Rumah Tangga Orang”- Isteri Aliff Syukri

Kata Shahida, orang ramai di luar sana tidak perlu sibuk dan terlalu menjaga tepi kain orang lain terutamanya berkaitan hal rumah tangga.

Hiburan Thu, 5 Jun 2025

Dikritik Gara-Gara Mahu Lelaki Jaga Solat, Nadia Brian Sindir Netizen – “Alhamdulillah… Rupanya Yang Mengecam Semua Ahli Syurga”

Pelakon jelita, Nadia Brian tetap meluahkan rasa syukur meskipun menerima kecaman hebat daripada netizen susulan kenyataannya mempersoalkan kewujudan lelaki bujang yang menjaga solat, berkerjaya serta memiliki akhlak yang baik. Menerusi satu hantaran di platform Threads, […]

Trending Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Patuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan. Jangan’selfish’ ya..

Featured Fri, 28 Jan 2022

Bekas Pengetua Maahad Tahfiz Terlibat 15 Pertuduhan Gangguan Seksual

Ya Allah, teruknya perangai! Ni patut kena rejam ni….

Trending Tue, 21 Sep 2021

Bermula 1 Oktober – Melaka, Genting Highlands, Tioman Dibuka Kepada Pelancong

Bermula 1 Oktober ini, tiga lokasi pelancongan iaitu Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman akan dibuka kepada pengunjung tempatan. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri […]

Hiburan Fri, 13 Mar 2026

“Tua Muda Hilang Sopan, Ikutlah Adab Kita” – Ustazah Asma’ Harun Nasihat Hentikan Trend Joget Ambil Duit Raya

Ustazah Asma’ menasihatkan orang ramai agar tidak lagi menjadikan perkara itu sebagai trend

Figura Fri, 9 Jun 2023
error: Content is protected !!