Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 30, 2024 @ 5:10pm

Netizen Usik Ada Peluang Rujuk Semula Dengan Syamsul Yusof? Puteri Sarah Respons – “Simpati Dengan Dia Sebab Tak Jangka”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana enggan dikaitkan lagi dengan bekas suaminya, pengarah dan aktor sensasi, Syamsul Yusof.

Menjawab usikan netizen yang berharap dia dan Syamsul ada ruang untuk rujuk kembali, Puteri Sarah menegaskan hubungannya dengan selebriti itu cukup sekadar bapa kepada anak-anaknya, serta tidak jauh daripada status kawan.

“Saya hanya mampu ketawa saja. Tak kot (rujuk). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak-anak.

“Kalau boleh saya memang tak nak dikaitkan lagi dengan Syamsul. Cukuplah kami sekadar berkawan saja demi anak-anak.

“Dia pun (Syamsul) setakat ini memberikan komitmen yang baik untuk anak-anak. Dia tetap ada datang tengok anak sebab itu tanggungjawab dia,” katanya kepada Harian Metro.

Ketika disoal mengenai tanggapan netizen mengatakan rumah tangga Ira Kazar dan Syamsul dalam fasa perceraian itu sebagai satu kifarah, Puteri Sarah berkata dia tidak mahu masuk campur hal berkenaan.

“Saya tak nak komen tentang itu (isu cerai Syamsul dan Ira. Tak baik dan saya sebenanrnya tak nak juga ambil tahu. Ini kerana saya, keluarga dan mertua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram.

“Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu. Tapi sebagai keluarga, kita doakan saja yang terbaik untuk mereka berdua,” katanya.

Puteri Sarah

Simpati dengan nasib menimpa bekas suaminya itu, Puteri Sarah bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat Ira dan Syamsul.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Simpati dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka,” ujarnya.

Terdahulu, Syamsul memfailkan perceraian ke atas isterinya, Ira Kazar 19 Ogos lalu akibat tiada persefahaman.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.

Artikel Berkaitan: Kes Saman Selesai… Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Kepada Puteri Sarah Secara Terbuka Depan Hakim

Artikel Berkaitan: Didakwa Jadi Biawak Hidup & Pergunakan Puteri Sarah, Andi Arsyil ‘Makan Hati’… Punca ‘Hilang’ Di TikTok Live – “Kos Semua Dia Yang Tanggung, Bukan Orang Yang Mengutuk Tu”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 May 2026

Bergurau Isu Katil ‘Double Decker’ Untuk Anak-Anak Bertukar Kecaman, Sharifah Aleya Ditegur Warganet

Aleya secara spontan meminta mana-mana penjual katil dan tilam yang berminat untuk menaja katil dua tingkat buat anak-anaknya.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Featured Mon, 7 Apr 2025

Kongsi Detik Pertemuan, Pandemik ‘Buka Hati’ Neelofa & PU Riz

Neelofa berkongsi detik pertemuan bersama suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan, PU Riz.

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

那英王菲低调同框疑合体为春晚录制歌曲

日前有网友在微博晒出那英王菲合唱歌曲录音完成之后的合影,据悉,两人将在央视春晚上合唱《重逢》,不少网友纷纷表示期待二人的合体。

Events Thu, 28 Feb 2019
Featured Thu, 21 Sep 2023
Events Thu, 18 Apr 2019

International DJ Sander Van Doorn to Party it Up in Zouk Genting!

He’s played at TOMORROWLAND, Ultra Music Festival, etc., and now he’s going to play right here in Malaysia!

Featured Fri, 21 Nov 2025

DMA Islam Label Pencinta Kucing Makhluk B*doh & Ada Masalah Mental, Ustaz Azhar Idrus Tampil Respons – “Baca Talkin Pada Kucing Mati Itu Baru Otak Tak Sihat”

UAI menegaskan, kenyataan tersebut tidak berasas dan bercanggah dengan sejarah serta ajaran Islam yang menjunjung sifat kasih sayang terhadap haiwan.

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

Dituduh Jadi Penyondol, Bekas ‘Stylist’ Selebriti Tampil Bersuara!

Bekas stylist Fazura tampil bersuara dakwaan jadi penyondol buat kali kedua

error: Content is protected !!