Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 18, 2025 @ 2:58pm

Ketiadaan Yassin Jadi Duta Jakel 2025 Timbulkan Tanda Tanya, Senario Respons: “Kita Sendiri Tak Ada Kepastian”

Ketiadaan pelawak Yassin Yahya di acara yang disertai oleh kumpulan Senario sejak kebelakangan ini menimbulkan tanda tanya.

Terbaharu, kelibat Yassin yang tidak kelihatan ketika majlis pengumuman Duta Jakel 2025 turut mencuri perhatian.

Semua anggota Senario yang lain iaitu Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek, Azlee dan Illya hadir di acara pelancaran duta rasmi jenama pakaian dan tekstil popular itu, tanpa kehadiran Yassin.

Menjawab persoalan orang ramai, Apek mewakili kumpulan Senario berkata mereka tidak berani untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kami rasa perkara itu perlu diserahkan kepada pihak yang mutlak dan lebih sahih. Jadi saya mengambil sikap untuk berdiam diri.

“Semua boleh buat spekulasi dan andaian, tapi kita sendiri tidak ada kepastian mengenai perkara itu, jadi tak berani hendak cakap apa-apa.

“Terus terang cakap, saya sudah kenal dia lama. Dia mungkin tak pandai mana, tapi dia tak bodoh mana. Jadi, kita doakan yang baik-baik,” katanya kepada XTRA.

Senario ditemui pada sidang media pengumuman Duta Jakel 2025 di Jakel Mall, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Yassin adalah pelawak ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu atas kesalahan dadah, Apek mempunyai jawapan tersendiri.

“Kalau nampak sesuatu yang tak elok berlaku, kita kena rasakan diri kita belum cukup baik. Kalau rasa diri baik, kita kena fikir ada orang lebih baik.

“Itu cara untuk muhasabah diri. Kepada orang di luar sana bertanggungjawablah dengan kata-kata,” katanya.

Ketika ditanya adalah Yassin berehat dari acara yang disertai Senario, Wahid sempat berseloroh.

“Ada benda yang istimewa menanti dia. Kita tunggu sahaja.

“Bila peminat tanya di mana Yassin? Kami menjawab ‘di mana tapak, bila nak buka, bukan di Setapak, tapi di Gombak’ (menyanyikan lagu Cari Tapak),” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.

Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.

Sumber dilapor berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Dalam perkembangan lain, Senario diumum sebagai duta Jakel bagi memperhebat kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

Mengulas mengenai perkara terbabit, Wahid mewakili kumpulan lawak popular ini bersyukur rezeki Senario semakin melimpah ruah.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur. Rezeki ini kami kongsi bersama sebagai anggota Senario. Saya sendiri berulang alik dari Perak ke Kuala Lumpur sekiranya ada tawaran kerja. Kami akan berkumpul sebagai Senario jika ada tawaran, Insya-Allah” katanya.

Selain Senario, selebriti lain yang diumum sebagai duta adalah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna Nasir seisi keluarga, Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 2 Apr 2020
Featured Fri, 14 Oct 2022

Caprice ‘Koyak’ PU Syed Tegur Urus Aurat Bini, Netizen Kecam Minta Jangan Sibuk- “Kan Dah Makan Diri! Sibuk Sangat Pasal..”

Kecoh nama Caprice dua tiga hari ni. Hmm apa pendapat korang pasal ni? Wajar tak Caprice dedahkan perbualan antara mangsa gangguan seksual PU Azman?

Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Alamak, Ada Adegan Lentok Sikit… Aksi Ella & Vokalis Radja Jadi Bahan Kecaman Warganet

Tak baik tau netizen cakap macam tu! Ella terlalu feel tu🔥🔥🔥

Trending Tue, 30 Jun 2020
Kisah Viral Wed, 11 Dec 2024

Hospital Bersalin Razif Tampil Dedah Kisah Sebenar Isu Jenazah Bayi Dibekukan 16 Hari

Isu jenazah bayi dibekukan 16 hari, Hospital Bersalin Razif dakwa wanita lahir anak luar nikah

Trending Fri, 18 Feb 2022

Didakwa 11 Pertuduhan Berkaitan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Mengakui Tidak Bersalah

Pendakwah selebriti popular, Ustaz Ebit Lew, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Litar Tenom Sabah atas 11 pertuduhan berkait dengan gangguan seksual. Memetik laporan Harian Metro, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan […]

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

‘Baby Bump’ Curi Perhatian, Umisya Mazlan Didakwa Hamil Anak Keempat?

Umisya terus berdiam diri dan tidak menjawab komen netizen

error: Content is protected !!