Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2025 @ 12:48pm

Shiha Zikir Percaya Wujudnya Gangguan Sihir Dalam Dunia Perniagaan – “Tapi Itu Bukan Sebab Utama Kedai Saya Ditutup”

Penyanyi Shiha Zikir tidak menolak kewujudan gangguan sihir atau unsur mistik yang dikaitkan dengan dunia perniagaan, termasuk kemungkinan berlaku pada premis makanan miliknya.

Namun, dia menegaskan faktor tersebut bukan sebab utama restoran miliknya, Shiha Zikir Nasi Ayam di Seksyen 7, Shah Alam terpaksa dihentikan operasi bermula 15 Disember lalu.

Shiha atau nama penuhnya Nurshiha Mohd Zikir, 38, mengakui pernah mendengar pelbagai kisah berkaitan gangguan sedemikian, namun hanya benar-benar memahami keadaan itu selepas merasainya sendiri.

“Saya rasa ramai peniaga pernah melalui situasi begini. Cuma pelik juga mengapa ada manusia yang sanggup melakukan perkara seperti itu. Orang kata rambut sama hitam, hati lain-lain.

“Dulu saya tidak begitu percaya, tetapi bila terkena pada diri sendiri barulah faham. Namun saya nak tegaskan, penutupan kedai saya bukan disebabkan sihir. Ia lebih kepada kekurangan diri saya dalam menguruskan perniagaan,” katanya.

@xtra_my Shiha Zikir pun ada buat persembahan tau malam ni! Persembahan Shiha memang tak pernah mengecewakan😍😆 #ohbulan #ohbulanpalingviralonline ♬ original sound – XTRA

Shiha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam kemuncak OhBulan! Paling Viral Online di Balai Berita, Bangsar, kelmarin.

Dalam acara anugerah terbabit, Shiha menjadi artis undangan dan membuat persembahan, menyampaikan single terbaharunya yang berjudul Renjana serta Irama.

Tambah pemenang trofi persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu 37 itu, apa jua bentuk gangguan yang berlaku dianggap sebagai cabaran biasa dalam dunia perniagaan.

Antaranya, ada pelanggan mendakwa melihat restoran seolah-olah tutup walaupun sebenarnya beroperasi seperti biasa.

“Saya sendiri pernah dengar cerita pelanggan cakap kedai nampak tutup walaupun sebenarnya buka. Ada juga yang sudah berada di depan kedai tetapi kata pintu kelihatan tidak beroperasi. Malah ada penghantar tong gas pun cakap perkara sama,” jelasnya.

Walaupun mengakui situasi itu sedikit sebanyak memberi kesan, Shiha menegaskan keputusan menutup premis dibuat bagi mengelakkan kerugian berpanjangan kerana hasil pendapatan tidak mencapai sasaran.

“Daripada terus menanggung kos yang lebih besar setiap bulan, lebih baik saya tutup dulu. Sekarang saya sedang mencari lokasi baharu yang lebih sesuai dan strategik.

“Apabila saya umumkan penutupan, ramai yang hantarkan mesej memberi semangat. Ada yang cakap selalu buat pesanan penghantaran. Dari situ saya sedar sokongan terhadap perniagaan ini masih ada,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Wed, 6 Mar 2019

Buat Foodie Lovers, Kenali 5 Chef Instafemes Ini

Kalau korang nak tahu, akaun Instagram ini merupakan antara akaun Instagram masakan yang paling best, ini terbukti dengan para pengikut mencecah 1 juta. Jom, kita layan!

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Melangkaui Sempadan…Bahang ABP32 Makin Terasa!

Siapa bakal bergelar bintang paling popular tahun ini?

Hiburan Mon, 21 Aug 2023
Featured Fri, 2 Sep 2022

“Sejarah Akan Berulang Kalau Tidak Dijaga” – Fikry Ibrahim Idam Watak Pahlawan Negara

Fuhh mesti best kan kalau Fikry berlakon watak pahlawan 😍

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Aishah Kecewa Dapat Rantai Palsu, Ini Jawapan Datuk Seri Vida…

Kata Vida, ‘ Pulangkan kepada saya, tidak mengapa. Saya akan gantikan rantai itu dengan satu benda yang sangat luar biasa iaitu Lavida Coin…’

Featured Thu, 6 Nov 2025

“Sayang Sangat Dia Tu” – Azza Elite Teruja Fazura Hadiahkan Telekung & Tudung 

Azza Elite mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang memakai telekung hadiah pemberian selebriti popular, Nur Fazura.

error: Content is protected !!