Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 19, 2024 @ 6:55pm

Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

Peguam syarie mewakili pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais mengesahkan anak guamnya itu memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar.

Anak kepada pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur Selangor pada petang, Isnin.

Mewakili Syamsul, peguam Azmi Rais turut menjelaskan punca perceraian itu difailkan adalah kerana tiada persefahaman antara mereka.

“Benar, Syamsul telah failkan cerai terhadap Ira pada petang tadi (Isnin),” katanya.

Syamsul Yusof

Sebelum ini, XTRA melaporkan foto perkahwinan milik pasangan ini yang dimuat naik pada awal Januari tahun lalu juga didakwa telah dipadam Syamsul seolah memberi bayangan bahawa spekulasi yang timbul adalah benar.

Pada Oktober lalu, timbul khabar angin mendakwa Syamsul dan Ira sudah bercerai.

Namun begitu, mereka memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang respons mengenai gosip tersebut.

Sekadar info, Syamsul dan Ira iaitu anak pelakon Kazar Saisi mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan kes perkahwinan kedua Syamsul bersama Ira, pelakon jelita Puteri Sarah nekad memfailkan cerai sebelum sah berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Tak Ada Persefahaman, Syamsul Yusof Fail Cerai Terhadap Ira Kazar?

Artikel Berkaitan: Didakwa Fail Cerai, Syamsul Yusof Padam Foto Kahwin Dengan Ira Kazar Di IG?

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Oct 2019

Depression Unfortunately Isn’t As Foreign in the K-Pop Industry

Dark side of K-Pop industry with daily weigh-ins, dating bans and cosmetic surgery

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Sun, 25 Nov 2018
Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

Featured Tue, 4 Oct 2022
Trending Thu, 11 Jul 2019

Netflix Subscribers are Freaking Out because of a Hoax Roaming Around Twitter!

This could be just a hoax but Twitter users shared way too many experiences that this could actually be true!

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Featured Sun, 29 Aug 2021

Saling Mengenali Hati Budi, Najwa Latif Akui Sudah Berpunya

Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen namun penyanyi tersohor, Najwa Latif dilihat masih lagi aktif memuat naik video nyanyiannya di media sosial. Baru-baru ini, Najwa memuat naik video di laman TikToknya yang seakan […]

error: Content is protected !!