Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 19, 2024 @ 6:11pm

Tak Ada Persefahaman, Syamsul Yusof Fail Cerai Terhadap Ira Kazar?

Pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof didakwa telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Tibur, Selangor, hari ini. 

Memetik laporan Harian Metro, sumber mengatakan anak kepada pengarah terkemuka, Datuk Yusof Haslam itu mahu bercerai setelah tidak ada lagi persefahaman dengan isterinya itu. 

“Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka,” katanya.

Syamsul Yusof

Pada Oktober lalu, timbul khabar angin mendakwa Syamsul dan Ira sudah bercerai.

Namun begitu, mereka memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang respons mengenai gosip tersebut.

Sekadar info, Syamsul dan Ira iaitu anak pelakon Kazar Saisi mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. 

Susulan kes perkahwinan kedua Syamsul bersama Ira, pelakon jelita Puteri Sarah nekad memfailkan cerai sebelum sah berpisah pada 14 Jun tahun lalu. 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Oct 2021

Penjawat Awam Wajib Lengkap Vaksin Sebelum 1 November, Berdepan Tindakan Tatatertib

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mewajibkan  semua penjawat awam mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi itu sebelum 1 November ini. Menerusi satu kenyataan rasmi JPA, setakat ini seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam […]

Featured Thu, 20 Nov 2025

“Saya Tak Pernah Anggap Anak Saya Baik” – Tak Kongkong & Tegas Beri Peringatan, Sharifah Shahirah ‘Open Minded’

Shiera menjelaskan, kebebasan memilih itu perlu supaya mereka sedar terhadap kesilapan yang mereka lakukan kelak.

Hiburan Mon, 9 Dec 2024
Hiburan Wed, 15 Jan 2025
Trending Tue, 22 May 2018

Daging Dah Mula Mahal Di Kedah?

Antara harga tertinggi ialah di Sungai Tiang dan Paya Mat Inson di Pendang iaitu RM35 hingga RM36 sekilogram, berbanding harga biasa RM32 sekilogram.

Featured Thu, 10 Jun 2021

Peminjam PTPTN Terjejas Boleh Tangguh Bayaran 3 Bulan

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang hilang pendapatan kerana diberhentikan kerja atau pendapatan terjejas, boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan. Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam […]

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Belikan Katil Hospital Untuk Keselesaan Mak Jenny, Nubhan Dipuji Sentiasa Muliakan Ibu – “Tak Mampu Balas Segalanya”

Nubhan menjelaskan katil tersebut bagi memudahkan pergerakan ibunya untuk bangun

error: Content is protected !!