Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd October 1, 2021 @ 1:51pm

Penjawat Awam Wajib Lengkap Vaksin Sebelum 1 November, Berdepan Tindakan Tatatertib

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mewajibkan  semua penjawat awam mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi itu sebelum 1 November ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi JPA, setakat ini seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam belum mendaftar bagi mendapatkan pelalian berkenaan.

“Sekiranya penjawat awam masih belum mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan tanpa mendapatkan pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

“Semua penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395/1993],” menurut kenyataan itu.

Bagi tujuh hukuman tatatertib di bawah PU(A) 395/1993 boleh dikenakan kepada pegawai awam yang didapati melakukan kesalahan, iaitu amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga tidak layak untuk dipertimbang kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Thu, 2 Oct 2025

Kapsyen Curi Perhatian, Alif Satar Kongsi ‘Teguran Sentap’ – “Cinta Dunia Tapi Takut Mati…. Itu Kita Lah!”

Menerusi kapsyen pendek itu, Alif berkongsi petikan hadith Nabi SAW yang sarat dengan peringatan.

Trending Tue, 17 Aug 2021
Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Featured Mon, 28 Apr 2025

Aazief Khalid Akhirnya Selamat Bertunang

Majlis pertunangan itu diadakan dalam satu majis tertutup.

error: Content is protected !!