Euforia Bola 2026
OMG By: Khairil Khusyairi October 4, 2023 @ 11:16am

TMJ Kongsi Detik Cemas Berada Hampir Di Lokasi Insiden Tembakan Di Bangkok – “Ini Pengalaman Terburuk Yang Pernah Saya Lalui”

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsi detik cemas apabila beliau bersama keluarganya berada berhampiran dengan lokasi insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand, petang semalam.

Tunku Ismail dalam satu kenyataan berkongsi detik-detik cemas itu berlaku apabila orang ramai dari pusat beli-belah itu menjerit serta berlari masuk ke dalam hotel di mana beliau bersama keluarga, pasukan keselamatan dan pegawainya sedang duduk di lobi.

“Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan.

“Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.

“Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.

“Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku,” tulisnya dalam hantaran menerusi Facebook rasmi, HRH Crown Prince of Johor.

Ketika kejadian, Tunku Ismail bersama pasukan keselamatannya terpaksa membuat perisai manusia bagi memastikan keselamatan keluarga serta pegawai beliau.

Malah memberitahu anak-anaknya bahawa keadaan akan kembali baik.

“Saya masih terbayang waktu saya memberitahu anak-anak saya, “semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini” dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.

“Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku. Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu.

“Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis.

“Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut.

“Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor,” kongsi Tunku Ismail lagi.

Biarpun terlepas menonton perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail bersyukur keluarga dan pasukannya selamat.

Malah, menyifatkan ia adalah pengalaman terburuk yang dihadapinya.

“Kini kami selamat berada di Kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.

“Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat.

“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. 2 orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa.

“Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua.,” katanya.

Dalam insiden itu, suspek bersenjatakan pistol melepaskan tembakan rambang sehingga meragut dua nyawa dan mencederakan lima lagi.

Pihak berkuasa Thailand turut melaporkan telah menahan seorang remaja berusia 14 tahun berikutan kejadian terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 May 2025

Muzik AI Tanpa Kawal Selia Ancaman Serius Kepada Industri Muzik Tempatan

RIM menyuarakan kebimbangan terhadap impak jangka panjang teknologi ini terhadap hak cipta dan sumber rezeki penggiat seni.

Trending Sat, 10 Jul 2021

Tiup Semangat Melawan Pandemik Covid-19, Mafidz Tampil Dengan Hujan Pasti Berhenti

Kumpulan Mafidz yang dianggotai oleh tiga beradik kini tampil dengan single terbaru berjudul Hujan Pasti Berhenti. Hujan Pasti Berhenti merupakan sebuah lagu untuk meniup semangat rakyat Malaysia bagi kekal bertahan di era pandemik ini. Hujan […]

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Wany Hasrita Bintang Paling Popular 2018

Saya sendiri terkejut. Mungkin nervous tu tak begitu ketara tadi di atas pentas tetapi saya memang tak sangka. Syukur Alhamdulillah atas sokongan padu peminat, terima kasih…ini hadiah untuk mereka.

Hiburan Wed, 5 Feb 2020
Trending Thu, 19 Sep 2019

The Best Korean Food and Most ‘Seoul-tastic’ Experience in ‘Seoul Culture Showroom KL’

Kimchis, hanboks and K-Pops; Seoul Culture Showroom in Kuala Lumpur is a rendezvous for the best South Korean learning escapade.

Trending Sun, 1 Aug 2021

ICSYVMY4 Bakal Melabuhkan Tirai Malam Ini, Boleh Ke Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar?

Tiga minggu berturut-turut, artis jemputan I Can See Your Voice Malaysia 4 (ICSYVMY4) iaitu Ruffedge, Azlan Typewriter dan Adira Suhaimi gagal dalam percaturan mereka untuk mengenal pasti penyanyi sebenar. Namun begitu, pada episod minggu lalu, […]

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Lizzy Mahu Zul Ariffin?

Polis Entry sudah meraih 3.5 juta tontonan di Youtube. Wow!

error: Content is protected !!