Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 4, 2021 @ 12:44pm

“Kalau Mahu Glamor & Menang Award Je, Lupakan!”- Nabila Huda Offer ‘Free Class’ Buat Influencer

Kalau sebelum ini ramai yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan pembabitan beberapa influencer dalam bidang lakonan, termasuklah beberapa selebriti tanah air mahupun netizen.

Justeru itu, pelakon dan dramatis hebat Nabilah Huda terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai perkara ini menerusi hantaran di laman instagram dan Twitter  miliknya.

Bukan itu sahaja, beliau juga bakal menyediakan kelas lakonan percuma buat pelapis-pelapis baru ini berdasarkan pengalaman beliau sepanjang bergelar anak seni.

“Saya pun pernah melalui fasa berlakon tak pandai dari awal pembabitan tetapi saya belajar. Kalau nak marah mereka yang tiada atau kurang pengalaman pun tak boleh buat apa juga kalau kita tak tolong”

 

Bagi Nabilah Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, beliau berharap peluang yang diberikannya ini sedikit sebanyak cukup untuk menjadikan influencer atau pelapis ini menjadi pelakon yang baik pada masa akan datang.

“Saya harap peluang ini dapat membantu kamu semua lebih faham dengan bidangini. Saya pun masih belajar. Asas pengetahuan cara saya ini cukup untuk kamu semua jadi seorang pelakon yang baik, merendah diri dan jujur pada masa akan datang.

“Pelakon baharu semua adalah pelapis. Jadi kena jadi pelapis yang baik. Percayalah, asas itu membantu!,”

“Jumlah pengikut media sosial memang penting untuk stesen tv…”

Tidak menafikan jumlah pengikut memainkan peranan penting buat stesen-stesen televisyen, Abil bagaimanapun menyifatkan perkara tersebut adalah cara stesen televisyen pada hari ini untuk mendapatkan ‘numbers’.

Selain itu, Abil sempat berpesan jika kehadiran influencer ini hanya sekadar untuk mendapatkan ‘award dan glamor semata-mata, baik lupakan sahaja kerana ia sedikit pun tidak menjadi penanda aras yang boleh dibanggakan kelak.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Jan 2025
Featured Fri, 27 Oct 2023
Trending Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Trending Sat, 26 Jun 2021

Penyanyi Cilik Angelica Petra & Mark Adam Tampil Dengan Lagu ‘Selamanya Bersama’

Boleh dikatakan setakat ini tidak ramai penyanyi-penyanyi cilik yang muncul dalam industri hiburan tanah air. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita ketandusan bakat kanak-kanak yang boleh diketengahkan untuk menjadi seorang penyanyi. Terbaharu, kemunculan seorang penyanyi kanak-kanak […]

error: Content is protected !!