Trending By: Padin June 26, 2021 @ 6:27pm

Penyanyi Cilik Angelica Petra & Mark Adam Tampil Dengan Lagu ‘Selamanya Bersama’

Boleh dikatakan setakat ini tidak ramai penyanyi-penyanyi cilik yang muncul dalam industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita ketandusan bakat kanak-kanak yang boleh diketengahkan untuk menjadi seorang penyanyi.

Terbaharu, kemunculan seorang penyanyi kanak-kanak iaitu Angelica Petra Battle atau Angel bakal mewarnai dunia hiburan nyanyian tempatan.

Lebih menarik lagi, Angel baru sahaja berusia 9 tahun dan juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem termasuk filem pertamanya di Indonesia yang bertajuk Perjalanan Pertama.

Ibunya, Datuk Rosmar Ayu Mokhtar berkata, bakat anaknya itu mula dikesan apabila sering berkaraoke ketika berada di rumah.

“Semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac 2020, saya lebih banyak luangkan masa bersama anak anak di rumah, kami lakukan perlabagai aktiviti di rumah bersama termasuklah karaoke.

“Dari situlah saya melihat bakat potensi ada pada anak anak saya termasuk Angel yang sangat berbakat dalam nyanyian cuma tinggal lagi sokongan dari saya,” ujarnya.

Menurut Ayu, dia telah menghubungi beberapa guru nyanyian untuk menghantar anaknya itu menghadiri kelas vokal, namun hanya Mark Adam sahaja yang memberi maklum balas serta bersetuju menerima anak-anaknya termasuk Angel sebagai anak didiknya.

Bagaimanapun, jelas beliau perbincangan bersama Mark adalah sangat perlu bagi beliau memahami hala tuju terhadap nyanyian anak-anaknya.

Ujarnya, kelas berkenaan penting bagi memantapkan lagi vokal serta mempertingkatkan nilai persembahan dalam nyanyian.

“Setelah beberapa lama menghadiri kelas vokal, saya dah Mark berbincang untuk menghasilkan sebuah lagu buat Angel.

“Lagipun ketika itu Mark menyatakan vokal Angel juga semakin baik dan anak saya dilihat sudah bersedia untuk masuk ke studio rakaman,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai lagu Selamanya Bersama, Ayu berkata, ia merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Mark serta diilhamkan sendiri oleh Ayu yang mendedikasikan lagu ini kepada ayahnya.

Jelas beliau, lagu berkenaan dirakamkan pada Disember 2020, manakala muzik video pula dihasilkan pada Februari lalu.

“Kalau kebanyakan lagu yang dihasilkan sebelum ini banyak berkisar tentang ibu, namun Selamanya Bersama ini lebih kepada seorang bapa.

“Selamanya Bersama ini memaparkan kisah mengenai hubungan antara seorang anak dan ayah angkatnya yang sudah seperti dianggap sebagai bapa sendiri,” jelasnya.

Ayu memberitahu, dia meletakkan harapan agar lagu berkenaan diminati pendengar dan berharap orang ramai dapat menerima kemunculan anaknya dalam industri nyanyian pada usia yang cukup muda.

Sementara itu, Mark selaku komposer menyatakan lagu tersebut mempunyai kenangan tersendiri dan terdapat cerita di sebaliknya.

Ujar Mark, lagu berkenaan mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang kehilangan kedua ibu bapa dan kemudian dia dijaga oleh seorang lelaki yang akhirnya dianggap sebagai seorang ayah.

“Saya juga anggap lagu ini istimewa kerana pertama kali hasilkan lagu untuk kanak-kanak dan melihat Angel mempunyai vokal yang sangat unik.

“Apabila diminta oleh ibu Angel sendiri untuk hasilkan sebuah lagu, saya banyak mengkaji tentang diri Angel, terutama mengenai perangai dan karakternya,” ujar Mark.

Jelasnya, untuk mencipta lagu ini, ia adalah berdasarkan kepada pengalaman bagaimana ibu dan bapa membesarkannya.

“Disebabkan itu saya tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan lagu dan lirik Selamanya Bersama.

Pada masa sama, Mark juga mengakui pada mulanya berhadapan dengan cabaran ketika rakaman memandangkan Angel baru berusia 9 tahun dan mempunyai mood nya sendiri.

Ujarnya, namun lama-kelamaan setelah Angel memahami serba sedikit tentang muzik dan rakaman, akhirnya rakaman berjalan lancar.

“Kadang-kadang kanak-kanak ni kita tak boleh paksa dan kena ikut mood dia. Alhamdulillah, Angel ni sebenarnya berbakat dan mudah memahami apa yang dipelajarinya,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Sat, 16 Nov 2024

#SFMM39: Vokal Belum Pulih Sepenuhnya, Khai Bahar Mohon Maaf Kecewakan Peminat

Vokal terganggu, Khai Bahar minta maaf Lemas tak mara AJL 39

Hiburan Sat, 8 Mar 2025

[VIDEO] “Aku Lelah, Tapi Tak Pernah Menyesal” – Siang Malam Cari Rezeki, Kiah Propa Korban Masa Demi Keluarga

Kiah Propa meluahkan rasa sebak melihat dirinya bekerja keras dari pagi hingga malam tanpa henti

Featured Sat, 21 Jan 2023

Sering Berada Di Zon Selesa Punca Sissy Iman & Naim Daniel Masih Belum Bergelar Juara Mingguan?

Masih tidak berputus asa untuk menonjolkan sesuatu yang berbeza sejak awal minggu pertama demi menghiburkan para penonton. Pasangan sepupu, Sissy Iman dan Naim Daniel masih belum berjaya untuk membawa pulang RM10,000 sebagai duo terbaik mingguan. […]

Featured Thu, 13 Jan 2022

“Buat Baik Dibalas Baik” – Abang Viva Dapat Hadiah Superbike

Pada masa ini, orang ramai mesti sudah mengenali nama Azwan Omar, atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang telah banyak membantu mereka yang menghadapi kesusahan ketika banjir melanda sebelum ini. Sebelum ini, kita mendengar cerita tentang […]

Featured Fri, 11 May 2018

Selebriti Tempatan Ucap Tahniah Buat Tun M, Perdana Menteri Ke-7

Kegembiraan turut dikongsikan oleh selebriti-selebriti tempatan apabila Tun Mahathir menang dan bergelar Perdana Menteri yang ke-7.

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Media Prima Audio Capai 6.1 Juta Pendengar Mingguan.. Hot FM Kekal Stesen Radio No.1 Malaysia, Fly FM Terus Kuasai Segmen Radio Bahasa Inggeris

Media Prima Audio terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara rangkaian radio paling berpengaruh di Malaysia apabila mencatatkan 6.1 juta pendengar mingguan di seluruh negara.

error: Content is protected !!