Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 17, 2021 @ 3:02pm

Jangkitan Covid-19 Terhadap Kanak-Kanak Amat Membimbangkan

Jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di negara ini merupakan satu amaran kepada semua pihak agar mempertingkatkan pelbagai langkah berjaga-jaga termasuklah, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut Pakar Perunding  Kardiologi Pediatrik Prof Madya Dr Norazah Zahari,  dalam tempoh dua bulan lalu dilaporkan  satu tingkat di Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Universiti Malaya diperuntukkan bagi merawat kanak-kanak bergejala Covid-19, berbanding hanya satu wad sebelum ini.

“Ada beberapa kes yang dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi). (Mereka) mengalami komplikasi jantung akibat jangkitan Covid-19,” katanya kepada Bernama, dan menambah satu daripada kes disahkan sebagai sindrom keradangan pelbagai sistem pada kanak-kanak (MIS-C).

“Ia suatu keadaan di mana keradangan berlaku pada pelbagai organ seperti jantung, paru-paru, pembuluh darah serta buah pinggang. Sekalipun kemungkinan untuk kanak-kanak mengalami gejala Covid-19 yang teruk adalah kecil, jelas mereka tidak kebal jangkitan itu”

Sumber : NSTP/ASWADI ALIAS.

Pandemik  Golongan Yang Tidak Divaksinasi

Menurutnya lagi, penularan Covid-19 ini dikenali sebagai ‘pandemik golongan yang tidak divaksinasi’ dimana ia akan lebih buruk dengan kehadiran varian delta yang lebih cepat merebak.

“Kanak-kanak dan remaja yang tidak divaksinasi ini dilihat sebagai lompang dan mereka menjadi golongan yang paling terdedah”

Bagaimanapun, pada 15 Ogos lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pemvaksinan ke atas golongan berusia 12 hingga 17 tahun akan bermula pada 15 September ini.

Namun, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang komorbid dan pelajar sekolah sebelum diperluas kepada generasi lebih muda, bergantung pada bekalan vaksin.

 

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Jul 2022

“Ada Niat Nak Jauhkan Anak Dengan Aku Atau Daddy Dia… You Die!” – Shakilla Khoriri Beri Amaran Dekat Siapa Tu?

Fuh, pedas pesan ‘maut’ Shakilla ni 🤭 Siapa yang berani cuba nak pisahkan mereka ni aish 🤔😣

Featured Mon, 13 Jan 2025

“Sunnah Makan Adalah Bercakap” –  Zahiril Adzim Tampil ‘Sekolahkan’ Netizen

Sunnah bercakap ketika makan tapi tidak boleh semasa tengah mengunyah.

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Trending Tue, 26 Nov 2019
Featured Tue, 17 Dec 2024
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Tue, 6 Aug 2024

Azhar Sulaiman Mahu Anak Lelaki Belajar Cara Solat Jenazah

Alhamdulillah, tindakan yang bagus Azhar Sulaiman

Hiburan Mon, 4 Jul 2022

“Tak Sabar Sangat Nak Cari Laki Ni” – Netizen Cop Shila Amzah Gatal Dan Tak Matang

Shila Amzah dicop gatal dan tak matang apabila bercerita tentang hubungan percintaan.

error: Content is protected !!