Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 8, 2022 @ 7:00pm

[VIDEO] “Saya Tak Jumpa Dia Di Hotel…” – Susulan Dakwaan Gila Talak Dari Bekas Isteri, Ini Respons PU Abu

Kontroversi membabitkan pendakwah selebriti, PU Abu yang dikatakan masih belum ‘move on’ terhadap bekas isterinya, Hana Azraa beberapa hari lalu adalah tidak benar.

Menerusi perkongsian di TikTok, PU Abu menjelaskan, dakwaan berada di bawah hotel Hana ketika berada di Mekah adalah benar tetapi, bukanlah atas urusan mahu berjumpa dengan bekas isterinya itu.

“Berkaitan saya jumpa Hana, saya sebenarnya tidak jumpa dia. Saya datang ke hotel yang mana di hotel itu ada sepupu saya. Dan, saya sebenarnya bawa sepupu saya dan rakan-rakannya pergi makan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tadi Dia Ada Bawah Hotel Saya” – Julang Isteri Di Media Sosial Tapi Dikatakan Masih Ganggu Ex Wife, Hana Azraa Dakwa PU Abu Gila Talak?

Dalam pada itu, PU Abu turut menegaskan, mesej yang dihantar kepada ibu Hana adalah untuk bertanya hal berkaitan kematian yang berlaku baru-baru ini malah, mesej yang tular di media sosial miliknya itu didakwa adalah mesej lama yang dihantar semula kepadanya.

“Saya mesej mak dia tu sebab bertanya hal kematian yang berlaku baru-baru ini. 

“Yang mesej dia tunjuk di media sosial itu sudah lama iaitu seminggu yang lalu cuma baru di screen shot dan dihantar kan kepada dia oleh kakaknya.

“Malah saya tidak mengaibkan sesiapa. Sekiranya posting saya ini dianggap mengaibkan sesiapa dan perbuatan itu tidak akan berulang,” jelasnya.

@beritahairanmy PU Abu beri penjelasan tentang dakwaan masih kacau Hana Azra (bekas isteri) #beritahairan #puabu #bekasisteri #gilatalak ♬ original sound – Berita Hairan

 

Selain itu, PU Abu juga memaklumkan, dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status perceraiannya kerana, ia masih dalam proses mahkamah.

“Mahkamah yang tentukan bab nikah cerai ni. Bila keluar endorsement daripada mahkamah, baru kita cerikta dekat orang ramai.

“Boleh tak perbikahan saya tak sah tapi, saya cerita dekat orang seolah-olah saya dah sah bernikah. Tak boleh kan? Itu menipu namanya,” ujarnya.

Susulan kes tersebut, PU Abu memohon agar orang ramai tidak timbul dengan spekulasi baru mengaitkan kes rumah tangganya.

“Jadi jangan kata apa yang saya tidak kata. Contohnya, bila saya dah tag Ain pandai masak dan sebagainya tak bermaksud anda di luar sana tidak pandai masak. Jadi, tolong janganlah kata apa-apa yang saya tak kata.

“Yang penting kita tunggu je lah mahkamah cakap apa. Nak tunggu proses mahkamah pun lama kan?,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Akui Suami Pelengkap Hidup, Isteri PU Abu ‘Throwback’ Momen 5 Tahun Cari Rezeki Bersama – “Ada Masa Bergaduh Tapi Tetap Dia Dicari”

ARTIKEL BERKAITAN:Umum Bakal Timang Anak Ketiga, PU Abu ‘Throwback’ Pengorbanan Isteri Hadap Ujian Rumah Tangga – “Wanita Biasa Mungkin Angkat Kaki Dah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Aug 2019
Featured Thu, 13 Jan 2022

“Buat Baik Dibalas Baik” – Abang Viva Dapat Hadiah Superbike

Pada masa ini, orang ramai mesti sudah mengenali nama Azwan Omar, atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang telah banyak membantu mereka yang menghadapi kesusahan ketika banjir melanda sebelum ini. Sebelum ini, kita mendengar cerita tentang […]

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

“Selera Makan Saya Kuat” – Risteena Tolak Dakwaan Sudah Berbadan Dua

Kalau Risteena hamil mesti diorang akan umum nanti! Sabar ye

Hiburan Thu, 9 Nov 2023

Lelong Barangan Peribadi, Faizal Tahir Tunjuk Solidariti Melalui Faith4Palestine

Setiap sen hasil kutipan tiket dan jualan barang disalurkan 100% kepada saudara di Palestin.

Hiburan Mon, 19 Aug 2024
Trending Wed, 22 Apr 2020
Selebriti Thu, 11 May 2023
Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Kucing Jadi Petanda, Suami Curang Rupanya!

Anna Rudenok mula mengesyaki suaminya, Dmitry, 27, mula curang setelah menyedari suaminya itu tidak henti-henti meletakkan tanda ‘like’ pada gambar yang dimuat naik pelajar berkenaan di media sosial.

error: Content is protected !!