Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 20, 2025 @ 4:51pm

“Saya Tak Pernah Anggap Anak Saya Baik” – Tak Kongkong & Tegas Beri Peringatan, Sharifah Shahirah ‘Open Minded’

Pelakon, penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahirah mengakui tidak mengongkong anak-anaknya untuk memilih apa yang mereka suka termasuklah pekerjaan, kawan-kawan dan gaya hidup mereka.

Katanya ketika ditemu bual menerusi podcast Soutudeen, Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menjelaskan, kebebasan memilih itu perlu supaya mereka sedar terhadap kesilapan yang mereka lakukan kelak.

“You have to face it. Maksud saya kau dah beranak anak tu so mereka kena pilih jalan mereka sendiri sebab kalau terhantuk nanti mesti akan sedar sendiri.

“Saya akan nasihatkan mereka apa tau, jangan hisap dadah, are you gay? Aku pernah tanya. Even suami saya sendiri pun, tak payah cakap pasal anak… suami kita sendiri pun  kalau dah tua, kalau dia nak gatal, nak buat hal atau dia ada fair dengan orang muda atau bercinta dengan mereka yang sebaya dengan anak kita? Itu semua boleh berlaku, Jadi jangan cakap pasal anak-anak benda tu kita kena hadap.

“Benda ni kalau nak jadi memang Allah akan duga. Tapi apa perlu kita buat? Apa yang perlu diambil atau apa tindakan aku selepas ini. Nak makan pil ke apa? Janganlah kan,” ulasnya.

@soutudeen Are u gay? Yt Soutudeen feat @Shieraijoy ♬ original sound – soutudeen

Meskipun bersikap terbuka dan memberi ruang sepenuhnya untuk memilih kepada anak-anaknya, namun dia tegas dalam beberapa perkara termasuklah ketika memberikan nasihat terutama melibatkan pengaruh rakan sebaya.

“Saya sangat takut tapi kalau dengan anak-anak mereka pasti akan muak dengan setiap bebelan kita. Atau nanti mereka akan rasa ‘ Mak aku ni selalu bebel benda yang akau tak buat, jadi baik aku buat’. Itu pasal saya akan terus beri peringatan buat Airil dan anak-anak.

“Airil selalu ajak kawan-kawan dia datang rumah makan, dan saya kenal mereka semua. Tapi bila kawan bersikap tak baik tiba-tiba dia jadi kambing hitam letak something drugs ke, atau apa semua tiba-tiba anak aku jadi pengedar dadah semua macam mana? Padahal dia cuma kawan dengan kawan kepada kawan dia… Itu pun saya akan warning juga,” jelasnya.

Di akhir temu bual tersebut, sebagai ibu kepada lima orang cahaya mata, tugasnya bukan untuk mengawal hidup anak-anak sebaliknya memastikan mereka sentiasa bijak memilih jalan dan peka dengan risiko yang wujud di sekeliling mereka.

“Dan, saya tak pernah assume anak saya baik,”ujarnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

「失控拔掉注射导管」2周2度住院!赛琳娜进精神病院

小天后赛琳娜(Selena Gomez)这阵子搬离洛杉矶,鲜少出席公开活动!没想到现在传出这2个礼拜内住院2次,最后一次更在医院情绪崩溃。

Hiburan Sat, 24 Dec 2022
Trending Thu, 21 Nov 2019

Kereta Terbang Tak Dibenarkan Terbang, Betul Ke?

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) belum lagi memberi kebenaran jadi macam mana?

Featured Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Eat Travel Wed, 4 Mar 2020
Featured Fri, 2 May 2025

“Kau Tahu Ke Saja Buat Sengal?” – Abby Abadi Backup Cik Epal, Bekas Suami Dakwa Sengaja Bangkit Isu Anak Untuk Pergi ‘Berjimba’

Abby sempat berkongsi hantaran mesej langsung (Direct Message) yang diterima untuk melaga-lagakannya dengan pempengaruh wanita berkenaan.

Kisah Viral Thu, 15 May 2025
error: Content is protected !!