Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana June 14, 2023 @ 4:08pm

Gayakan Barang Kemas Penuh Di Tangan, Majlis Malam Berinai Watie & Shuib Raih Perhatian Warganet

Gayakan Barang Kemas Penuh Di Tangan, Majlis Malam Berinai Watie & Shuib Raih Perhatian Warganet

Tular apabila seorang pengguna Twitter apabila berkongsi sebuah ciapan berkenaan dengan majlis malam berinai selebriti sensasi Shuib dan tunangnya Watie Hanifiah.

Ciapan tersebut adalah berkenaan dengan barang kemas yang digayakan oleh Watie yang dilihat begitu banyak dan penuh di tangan kanan dan kirinya.

Namun ciapan tersebut dikatakan seperti menghentam Watie sedangkan dia hanya mengenakan pakaian dan aksesori yang diperlukan ketika malam berinainya yang berlangsung pada malam tadi.

Rata-rata netizen membalas kenyataan pengguna twitter tersebut dengan mengatakan bahawa barangan kemas tersebut merupakan barangan tajaan dan bukanlah milik Watie sendiri.

“Tak silap ada yang taja untuk bahagian barang kemas

“orang taja kena laa dia pertonton kan

“Tak sia-sia lah kedai emas tu sponsor. Marketing menjadi. Memang orang nampak emas dulu. Yang lain jangan lah kecam. Dia pun terpaksa pakai semua serentak sebab org dah sponsor,” ciap netizen di ruangan ‘replies’.

Watie kelihatan anggun menggayakan sepersalinan pakaian yang bertemakan ‘arabian night’ berwarna merah jambu.

Pasangan sensasi itu bakal mendirikan rumah tangga pada 26 Jun ini dan bakal mendapat tajaan sebanyak RM 1 Juta

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 May 2025
Featured Fri, 27 Aug 2021

“Suara Bagus Tapi Tak Ada Pakej Lengkap” – Hazama Cari Bakat Muda

Penyanyi rock Hazama mengakui ada pelapis baharu yang ingin mewarnai dunia nyanyian mempunyai vokal bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap. Bakal tampil menjadi juri menerusi program pencarian bakat baharu atas talian, COF LOCKSTAR, Hazama […]

Hiburan Tue, 4 Apr 2023
Trending Wed, 21 Nov 2018

Nekad Tinggalkan Dunia Gelap, Ketua Gangster Ini Mati Ditembak Selepas…

Nedim mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulannya dan menyertai program pemulihan selepas mengetahui isterinya mengandung.

Featured Mon, 16 Jun 2025

“Penyakit Yang Paling Saya Takut Adalah Penyakit Ain” – Elfira Loy

Pada awalnya Elfira kurang mempercayai kewujudan penyakit tersebut namun…

Selebriti Tue, 22 Aug 2023
Featured Wed, 25 Mar 2020

Dalam kekalutan COVID-19, kisah Kopi Dalgona sempat mencipta fenomena!

Orang Malaysia walau susah hati, makan tetap makan!

Kisah Viral Mon, 27 Jan 2025
error: Content is protected !!