Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops March 4, 2020 @ 11:40am

Resipi paling mudah kari ikan sardin dengan santan dan tanpa santan

Ungkapan “harap muka saja lawa, tapi tak pandai masak, rugi dan kesian siapa bakal suami dia” sering dilontarkan kepada gadis atau wanita bujang yang tidak pandai memasak.

Bagi yang sudah berkahwin, sindiran seperti “isteri tak pandai masak, habislah nanti suami cari lain” juga memang boleh buat telinga pedih mendengarnya.

Apapun, memasak adalah satu ibadat dan satu nilai tambah untuk kebahagiaan rumah tangga. Tidak mengapa jika tidak pandai memasak, memadailah jika seorang perempuan itu rajin untuk ke dapur.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak mahu belajar memasak, sardin dalam tin merupakan hidangan yang paling mudah untuk disediakan. Daripada sekadar memanaskan sardin dalam tin, apa kata improvisasikan hidangan sardin dengan mencuba dua resipi mudah ini.

Resipi pertama tidak menggunakan santan perkongsian laman YouTube Buat Orang Lapo, manakala resipi kedua menggunakan santan yang dikongsi laman web, Azie Kitchen. Jom lihat resipi di bawah.

resipi kari sardin sedap dan mudah

Kredit gambar: Buat Orang Lapo

Resipi kari sardin tanpa santan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1-2 biji ubi kentang
  • Air asam jawa (1 sudu kecil asam jawa dicampur air)
  • Garam
  • Ikan sardin

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Tambahkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan air, ubi kentang serta air asam jawa. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sehingga ubi kentang lembut dan empuk. Selain ubi kentang, boleh digantikan juga dengan sayur lain seperti kacang bendi, buah tomato atau terung mengikut kesesuian dan selera masing-masing.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan sardin dan hidangan kari sardin tanpa santan siap untuk dihidangkan.

Resipi kari sardin dengan santan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin sardin
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan sedikit air
  • 1 kotak santan pekat
  • 4 cili padi
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit halia
  • Garam
  • Air asam jawa
resipi kari sardin

Kredit gambar: Azie Kitchen

Cara penyediaan:

  1. Langkah pertama, asingkan ikan sardin dan sosnya. Panaskan minyak dan goreng rata ikan sardin. Ketepikan seketika.
  2. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili padi, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Goreng sehingga rempah garing dan wangi.
  4. Masukkan santan dan air secukupnya. Akhir sekali, masukkan ikan sardin, asam jawa dan garam. Anda juga boleh masukkan sedikit sos sardin, jika suka. Serbuk kari pula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan yang sesuai dan diingini.

Bagi yang gemarkan rasa yang lebih pedas, boleh letak sedikit cili kisar semasa menumis. Kari sardin siap dan sedap untuk dinikmati bersama-sama nasi panas.

resipi kari sardin sedap dan mudah

Kredit gambar: Azie Kitchen

Selain mudah untuk disediakan, memasak sendiri makanan bukan sahaja menjimatkan belanja, malah lebih terjamin kualiti dan keenakannya. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Oct 2021
Featured Tue, 23 Apr 2024
Featured Sun, 6 Nov 2022
Featured Tue, 26 Aug 2025

“Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi

Abby mendoakan agar anaknya itu diselamatkan segera dari hubungan toksik.

Featured Fri, 10 Mar 2023

Anwar Lantik Johari Ghani Ketuai Pasukan Bertindak 1MDB

Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengetuai pasukan petugas khas untuk menyelesaikan skandal 1MDB.

Featured Sat, 22 Oct 2022

Dikecam Tak Ikut Cara Berpantang, Netizen Pertahankan Dr Amalina Bakri – “Dia Doktor! Dia Lebih Tahu Kesihatan…”

Pakar bedah terkenal, Dr. Amalina Che Bakri menerima kecaman segelintir netizen yang mengkritik tindakannya membawa anak, Arabella Mia bersiar-siar. Menerusi perkongsian di Instagram, Amalina berkongsi beberapa foto dia dan suami membawa anaknya berjalan-jalan di London […]

Featured Wed, 1 Mar 2023
error: Content is protected !!