Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 30, 2023 @ 1:41pm

[VIDEO] Tertekan Tak Henti Diganggu Pelac*r Peribadi, Azlan Komeng, Nilam Bercerai Talak Satu

Pelakon, Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz dikhabarkan telah bercerai talak satu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara tersebut didedahkan oleh Nilam menerusi sebuah video di aplikasi TikTok miliknya pada Rabu.

Namun begitu, Nilam berkata dia dan Azlan akan ke mahkamah syariah pada hari ini bagi mengesahkan lafaz cerai tersebut.

“Hi penyondol, pelacur peribadi (PP) Azlan Komeng aku ada berita baik nak cerita dekat kau.

“Aku dengan Komeng dah pun bercerai, tapi kau kena tunggu sampai besok sebab esok baru aku akan pergi ke mahkamah untuk lafaz cerai,” katanya.

Susulan itu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Nilam berkata dia dan Azlan pertama kali teruk bertengkar gara-gara isu penyondol yang tidak henti menganggu rumah tangga mereka.

“Kami masing-masing dah terlalu tertekan dengan isu gangguan ni, jadi jalan yang terbaik adalah berpisah.

“Kena sihir, PP tu terus menganggu hantar video lucah dengan Azlan.. macam-macam. Saya sejujurnya tak kuat sebagai isteri melihat perkara sepert itu.

“Saya pun tak percaya kami dah bercerai. Lepas Komeng lafaz cerai dia terus terduduk lama, menangis.

“Lepastu dia marah aku kata ‘engkau ni tak ada perasaan ke aku nangis, kau boleh tenang’, nak buat macam mana dah lafaz kan,” kata Nilam.

Terdahulu, Nilam mendedahkan gangguan pihak ketiga menerusi beberapa video di akaun TikTok miliknya.

Dakwa Nilam, wanita tersebut cuba menjatuhkan rumah tangganya bersama Azlan melalui sihir dan menghantar video-video lucah bersama pelakon itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Azlan Komeng Dedah Penyondol Cuba Sihir, Runtuhkan Rumah Tangga – “Kau Hantar Video L*cah, Gambar B*gel!”

Artikel Berkaitan: “Tindakan Penyondol Hantar Sihir, Beri Video L*cah & Foto B*gel Tak Buat Saya Mengalah” – Ini Sebab Mengapa Isteri Azlan Komeng Tetap Setia Dengan Suami

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikritik Sebar Aib Suami Berzina Dengan Penyondol, Ini Respons Padu Isteri Azlan Komeng – “Sampai Bila Wanita Nak Dib*dohkan?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Jun 2024
Hiburan Mon, 8 Dec 2025

Ella Kembali Gegar Stadium Nasional, ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Bakal Jadi Konsert Rakyat Penuh Makna!

Ella Kembali Gegar Stadiuam Nasional, konsert Majlis Tertinggi Rockqueen berlangsung pada 14 Februari

Featured Tue, 8 Nov 2022

[VIDEO] Hanis Zalikha Kongsi Tips Urus & Didik Anak Sekolah – “Displin Waktu Tidur Sejak Bayi…”

Min suka tengok anak beranak ni ❤️ Cara didikan Hanis & Hairul memang A+!

Trending Wed, 20 Mar 2019

Dalang Utama Isu Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang Akan Dikenalpasti

Pihak Polis tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai penangkapan berhubung isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. 

Trending Sat, 9 Mar 2024
Featured Mon, 7 Apr 2025

Sebutan Semula Kes Dadah Along Cham Berlangsung 24 April Ini

Menurut peguam yang mewakili pelawak itu, Zaleha Al Hayat, sehingga kini hanya dua dokumen telah diserahkan oleh pihak pendakwaan.

Trending Fri, 21 Jun 2024

[VIDEO] Redza Rosli Menangis Sebak Pohon Restu Ibu Sebelum Bergelar Suami

Mana taknya, tanggungjawab anak lelaki akan lebih besar selepas berkahwin. Semoga Redza menjadi anak dan suami yang baik

Featured Thu, 22 Sep 2022
error: Content is protected !!