Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 7, 2025 @ 5:20pm

Sebutan Semula Kes Dadah Along Cham Berlangsung 24 April Ini

Mahkamah Majistret menetapkan sebutan semula kes membabitkan pelawak dan pelakon, Muhammad Nizamuddin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Along Cham, akan bersambung semula pada 24 April ini.

Ia susulan Along Cham didakwa atas pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah jenis kanabis di kediamannya di Cyberjaya pada jam 3.10 petang, pada 14 Disember tahun lalu.

Menurut peguam yang mewakili pelawak itu, Zaleha Al Hayat, sehingga kini hanya dua dokumen telah diserahkan oleh pihak pendakwaan.

“Pihak pendakwaan masih belum menyerahkan dokumen berkaitan saringan air kencing. Oleh itu, mahkamah menetapkan 24 April sebagai tarikh penyerahan dokumen tersebut.

“Hari ini hanya dua dokumen berkaitan pertuduhan di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang diserahkan.” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Along didakwa memasukkan dadah disyaki jenis tetrahydrocannibol (THC) ke dalam badan pada jam 10 malam hari yang sama, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 38B, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun serta pengawasan polis antara dua hingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Mengulas mengenai pertukaran peguam, Along menjelaskan, ia dilakukan atas persetujuan keluarganya.

“Pertukaran peguam ini dipersetujui oleh keluarga. Saya rasa tidak salah mencari peguam terbaik untuk mengendalikan kes ini. Peguam sebelum ini juga telah dimaklumkan dan tiada sebarang isu antara kami,” jelasnya.

Sebelum ini, pada 28 Februari lalu, laporan kimia berkaitan kes dadah berkenaan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Dan, pada 27 Januari lalu, Mahkamah Sesyen Sepang telah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Along daripada satu pertuduhan melibatkan dadah jenis kanabis bertarikh 14 Disember.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Meruntun Jiwa, Bawa Sekotak Tisu Sebelum Tonton Filem Pulang!

Para pelakon mendapat tunjuk ajar daripada Puan Fatimah Abu Bakar dalam menjiwai watak agar nampak lebih real…

Konsert Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] “Tak Ada Masalah Dengan Sophia Albarakbah, Cuma Geli Aeril Zafrel Puji Perempuan Lain Manja” – Wawa Zainal

Habis la Aeril, tidur luar la ekk 🤪 Usik lagi Wawa kan dah kena jelinggg 🤣

Trending Tue, 28 Jul 2020
Featured Sat, 29 Mar 2025

Sarat Emosi, Papar Sisi Berbeza… Ryan Bakery Tampil Dengan Filem Pendek ‘Raya Dipelukan Mak’

Ryan Bakery tampil dengan karya sulung ‘Raya Dipelukan Mak’ khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Nazrief Nazri Sokong LGBT?

Tahukah anda, Nazrief sebelum ini pernah tampil dengan single berjudul Cinta Semalam?

Selebriti Thu, 4 Jan 2024
Featured Fri, 14 Nov 2025

Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Tudung Milik Fazura

Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan penghakiman terus yang difailkan Obor Holding Sdn Bhd terhadap Pink Fate Sdn Bhd.

error: Content is protected !!