Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 18, 2018 @ 6:12am

Meruntun Jiwa, Bawa Sekotak Tisu Sebelum Tonton Filem Pulang!

Malam tadi berlangsungnya majlis pra-tonton filem Pulang di GSC Pavilion Kuala Lumpur. Hanya satu ungkapan yang boleh kami simpulkan iaitu HEBAT!

Filem yang menelan kos sebanyak RM 6 juta ini merupakan karya agung daripada pengarah tersohor Kabir Bhatia. Diangkat daripada kisah sebenar keluarga Datuk Ahmad Izham Omar, sinematografi dalam Pulang ternyata tidak mengecewakan.

Kisah tentang Othman, nelayan yang memiliki cita-cita besar dalam hidup. Hidupnya, cintanya hanya pada laut. Jatuh cinta dengan Che Thom, Othman menyunting wanita itu tanpa perlu berfikir lama. Karakter ‘Anak Jantan’ dalam diri Othman cukup kuat sekali. Lelaki yang mahu mengubah hidup keluarganya tetapi perlu memilih antara hati keluarga atau keinginan diri sendiri.

Diduga dengan kesempitan hidup, Othman tidak mahu berdiam saja. Belayarlah dia sendirian ke seluruh dunia…Di sinilah bermula pergolakan perasaan Othman! Adakah dia betah berdiri di atas kapal menahan kerinduan terhadap Che Tom dan anaknya, Omar?

Menarik tentang Pulang, filem ini menggunakan kesan khas visual yang memakan masa hampir dua tahun untuk melengkapkannya. Ia berjaya direalisasikan dengan visual imej janaan computer (CGI) oleh Basecamp VFX dan geran daripada Finas sebanyak RM 2 juta.

Ketua Pegawai Ekskutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar memberitahu harapan untuk filem Pulang ini cukup tinggi dan semoga maklum balas dan perhatian dapat diraih daripada seluruh negara. Insha Allah…

Pulang membariskan pelakon berkarisma, Remy Ishak dan Puteri Aishah sebagai watak utama dan filem ini tidak mungkin ‘berwarna’ tanpa bantuan daripada Azrel Ismail, Erwin Dawson, Dato Jalaluddin Hassan, Dato Rahim Razali, Syazuwan Hassan, Che Puan Juliana Evans dan ramai lagi.

Info menarik Pulang The Movie

  1. Para pelakon mendapat tunjuk ajar daripada Puan Fatimah Abu Bakar dalam menjiwai watak agar nampak lebih real
  2. Terutama untuk pelakon Puteri Aishah, pujian harus diberikan atas percubaan pertama yang tidak mengecewakan. Mimik muka Che Thom memang menjadi!
  3. Filem Pulang merupakan gandingan ketiga pelakon Remy Ishak dan pengarah tersohor Kabir Bhatia. Sebelum ini mereka pernah bekerjasama dalam filem Nur Kasih The Movie (2011) dan Sembunyi: Amukan Azazil (2013)
  4. Lagu tema berjudul ‘Layarlah Kembali’ merupakan karya hebat oleh Aubrey Suwito & lagu ini dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah.
  5. Novel Pulang diterbitkan oleh Penerbitan KaryaSeni dan ditulis oleh Lily Haslina Nasir di mana novel ini sudah berada di pasaran sejak Mei lalu. Jalan cerita Pulang diangkat daripada kisah benar keluarga Datuk Ahmad Izham Omar.

Sediakan tisu sebelum masuk ke panggung ya. Kami bagi lima bintang untuk Pulang The Movie, memang terbaik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Mar 2023
Hiburan Tue, 9 Oct 2018

Di Saat Janna Nick Dikritik Hebat Jadi Pengacara, Pelakon Ternama Ini Tampil Beri Pujian

Janna tidak memegang cue card (kad petunjuk) dan tuturnya begitu yakin, saya percaya Janna telah menghafal turutan program. Terbaik Janna!

Featured Wed, 11 Jan 2023

Syamsul Yusof Buka Mulut Isu Bernikah Dengan Ira Kazar, Dedah Sebab Tak Minta Izin Isteri Pertama – “Tak Mudah Untuk Terima, Beri Saya Peluang…”

Jatuh cinta pada Ira Kazar atau berkahwin kerana berkemampuan? 🤔 ‘Saya berserah, yang penting bersyukur dah sah’ – SY

Featured Fri, 24 Apr 2026

“Saya Bangga Lihat Mamat, Wajah Dia Lebih Segar & Cara Bercakap Pun Berbeza” – Ajai

Ajai meluahkan rasa bangga apabila melihat perubahan positif rakan seperjuangannya, Mamat Exists yang kini bangkit daripada fasa terendah dalam hidupnya. 

Hiburan Mon, 22 Jul 2024

[VIDEO] “Saya & Fattah Baik Sahaja, Spekulasi Itu Tak Betul” – Fazura Leraikan Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Alhamdulillah, semoga Allah terus melindungi rumah tangga Fazura & Fattah ❤️

Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Anak Minta Bersanding Sekali Lagi, Apa Jawab Raf Yaakob?

Wah…Chanela mahu Raf dan Mawar bersanding sekali lagi.

Featured Sat, 24 Sep 2022

Jelita Gayakan Busana Serba Putih, Penampilan Anak Azhar Sulaiman Dikritik Lagi – “Minah Saleh Pun Tak Berani Nak Pakai…”

Biarlah dia… dengar kata London pun macam kat Malaysia sekarang ni. Cuaca okay-okay je.

error: Content is protected !!