Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 11, 2023 @ 6:15pm

Syamsul Yusof Buka Mulut Isu Bernikah Dengan Ira Kazar, Dedah Sebab Tak Minta Izin Isteri Pertama – “Tak Mudah Untuk Terima, Beri Saya Peluang…”

Nama pengarah filem sensasi hangat menjadi perbualan di media sosial lebih-lebih lagi selepas pengumuman pernikahan keduanya, bersama Ira Kazar.

Difahamkan, Syamsul bernikah dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi pada 6 Januari lalu di Wilayah Songkhla, Thailand.

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul dalam satu temubual ekslusif menjawab sebab disebalik pernikahan keduanya itu.

Menurut pengarah filem Mat Kilau ini, dia tidak mahu sekadar memberi jawapan atas kerana kemampuan dirinya, atau telah jatuh cinta kepada Ira kerana percaya perkara tersebut hanya akan mengeruhkan keadaan.

“Saya tak mahu sekadar menjawab bahawa ia adalah jodoh kerana saya tahu itu jawapan klise. Malah jika saya katakan saya mampu beristeri dua juga akan jadi klise.

“Jika saya katakan saya jatuh cinta dengan Ira juga barang kali tak akan memadai. Kalau saya katakan ini takdir, pasti ada yang tidak puas hati.

“Apa saja yang saya katakan untuk menjawab soalan ini pasti menimbulkan lebih banyak kata-kata dan fitnah. Saya berserah, tetapi yang penting saya bersyukur kerana sudah sah bernikah dan itulah yang seelok-eloknya,” ujarnya.

Dalam temubual sama, Syamsul turut mendedahkan mengapa dia tidak meminta kebenaran isteri pertama, pelakon jelita Puteri Sarah Liyana dan sekaligus bernikah di Malaysia.

Jelas Syamsul, proses untuk memberi keyakinan kepada Puteri Sarah amat sukar namun dia percaya, satu hari nanti kedua-dua isterinya akan berbaik.

“Memang boleh bernikah di Malaysia, lebih-lebih lagi wali saya adalah bapa kandung Ira sendiri.

Artikel Berkaitan: Rakan Throwback Momen Puteri Sarah Bernikah, Dakwa Syamsul Yusof Kaki Kongkong? – “Kuat Cemburu, Suka Skodeng Dari Jauh.. Banyak Peraturan!”

“Bagaimanapun, proses kita tak semudah itu dan untuk meyakinkan isteri pertama juga tidak semudah yang kita semua sangka.

“Saya sedar ada yang terluka dengan keputusan ini, tetapi saya juga yakin bahawa akan tiba masanya nanti mereka akan menerimanya.

“Buat masa ini, tak mengapalah saya dihentam, dikritik dan dibenci, tetapi biarlah saya yang tanggung semua ini. Saya harap sangat janganlah isteri-isteri saya yang jadi sasaran untuk dicerca atau menjadi bahan tohmahan. Biar saya sendiri yang terima semuanya.

“Saya memang tidak mahu sesiapa terluka. Saya juga faham memang mereka tidak akan mudah terubat dan saya hanya mampu berdoa agar masa menjadi ubat kepada segala-galanya,” luahnya.

Di kesempatan itu, Syamsul memohon ruang untuk menyelesaikan masalah dan memerlukan masa untuk mendamaikan hubungan satu-persatu.

Syamsul Yusof and wife Puteri Sarah during the launch for film Abang Long Fadil 2 at Restoran Haslam. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. November 13, 2015.

Menerusi laporan Harian Metro juga, Syamsul menitipkan pesanan kepada Puteri Sarah untuk mempercayai dirinya dan memuji keperibadiannya sebagai ibu yang baik kepada dua pasang anak.

“Kepada isteri pertama, Puteri Sarah, saya tahu awak terluka tetapi percayalah saya sebagai suami akan cuba yang terbaik. We can work this out.

“Puteri Sarah adalah seorang ibu yang luar biasa untuk anak-anak dan itu memang tidak boleh dipertikaikan. Kita akan berbincang sesama kita nanti secara tertutup, bukan menerusi hantaran-hantaran di media sosial.

“Saya tahu ini bukan perkara mudah dan bukan perkara kecil tetapi saya mahu mencuba. Berilah peluang untuk saya mencuba,” katanya lagi.

Syamsul turut mengucapkan terima kasih kepada isteri keduanya, Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, kerana memahami keadaannya.

“Kepada isteri kedua Ira, saya faham barangkali Ira mahukan perkahwinan yang lebih lancar dan tidak perlu ke Thailand agaknya, tetapi Alhamdullilah kerana Ira memahami keadaan suami.

“Bersabarlah dengan segala-gala ujian yang dilalui sekarang ini. Hormatilah ibu bapa serta ibu dan bapa mentua walau dengan pelbagai ujian mendatang,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dah Tiada Rasa Hormat, Awak Mahukan Perpisahan? Baik…” – Syamsul Yusof Kecewa Dimaki, Tampil Dedah Sebab ‘Block’ Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: “Segala Kemusnahan Sudah Dilakukan Syamsul” – Hubungan Hampir Temui Titik Noktah, Puteri Sarah Tekad Failkan Perceraian

Sumber/Kredit: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Sep 2022

Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

Ikmal Amry dan keluarga terlibat dalam kemalangan

Selebriti Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Thu, 11 Apr 2019

Thalia Rasul Bakal Bercerai Kali Kedua

Jujurnya, hubungan kami masih berjalan seperti biasa namun mungkin saya perlu terima ketetapan bahawa kami lebih sesuai menjadi sahabat. Kami berpisah secara baik. 

Featured Mon, 20 Jan 2025

Sepakat Beri Nama Tyara, Tyra Kamaruzzaman Selamat Lahirkan Baby Girl

Bayi diberi nama Tyara Emran itu dilahirkan pada Ahad, 19 Januari baru-baru ini.

Featured Wed, 25 Jul 2018

Tumit Kaki Pecah & Merekah? Jom Guna Bahan Ini, Gerenti Licin!

Meskipun ramai yang tidak memandang serius mengenai permasalahan ini, namun ia juga sama penting dengan merawat wajah.

Featured Thu, 18 Nov 2021

“Bukan Biasa-biasa” – Netizen Puji Gadis Berani Ambil Lesen Bawa Lori

Orang perempuan ini biasanya dianggap sebagai lemah lembut dan tidak mampu melakukan kerja berat. Namun, ia tidak bermakna mereka tidak berani dan tidak mampu melakukan kerja orang lelaki. Malah, ada juga di antara mereka yang […]

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

Namakan Filem ‘Tiada Tajuk’, Mawi Nafi Sengaja Reka Gimik

Tiada Tajuk merupakan filem komedi arahan pertama Mawi dan bakal berada di pawagam bermula 4 April depan!

Hiburan Tue, 29 May 2018

Peminat Siri Kartun Pingu Pasti Sedih Dengar Cerita Ini…?

Karier Tony yang begitu aktif dan produktif menunjukkan penerimaan terhadap buku serta komik kanak-kanak yang turut diterima dengan begitu meluas

LIFESTYLE Sun, 8 Apr 2018

10 Things You Should Know Before Flying to the Philippines

Different countries have different cultures and rules. Here’s a 101 for any of you travelling to the Philippines soon.

error: Content is protected !!