Euforia Bola 2026
Konsert By: Atiqah Johari October 9, 2023 @ 7:53pm

Bawa Ruffedge & Innuendo Sepentas! Lah Ahmad Berjaya Buat Penonton ‘Jatuh Cinta’ Di Istana Budaya

Selepas kejayaan Konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert pada Januari lalu, Lah Ahmad tampil pula dengan Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta Live At Istana Budaya pada malam Sabtu lalu.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu berjaya membuat penonton ‘Jatuh Cinta’ dengan kemerduaan suaranya dengan pelbagai genre yang didendangkan.

Menerusi konsert itu, Lah menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk lagu sendiri dan lagu nyanyian semula penyanyi lain.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Weak (nyanyian semula), Glimpse of Us (nyanyian semula), Kenapa, Adinda, Kau Tercipta, Pop Yeh Yeh dan banyak lagi.

Konsert yang berkonsepkan ‘intimate’ itu diiringi oleh Orkestra Simfoni Universiti Malaya sehingga ke akhir konsert.

Dalam bersuka ria, Lah Ahmad tidak lupa kepada pada sang Pencipta dan mengajak penonton untuk mengalunkan selawat menerusi singlenya yang berjudul Salam.

Selepas itu, Lah turut mengingati arwah neneknya dan menyanyikan lagu bertajuk Di Pintu Syurga versinya sehingga tidak menahan sebak lalu mengalirkan air mata serta membuatkan seluruh dewan berasa sayu.

Namun begitu, suasana kembali ceria apabila Lah menjemput kumpulan Ruffedge bersama-sama di atas pentas dengan menyanyikan beberapa buah lagu seperti Bila Rindu, Khayalan dan Putus.

Lebih meriah, Lah Ahmad menjemput kumpulan Innuendo menyanyikan lagu Belaian Jiwa bersama.

Selain itu, Lah Ahmad turut menjemput Bheart, Wafa, Shazzy sebagai penyanyi jemputan.

Pada konsert tersebut, antara rakan selebriti yang hadir memberi sokongan kepada Lah ialah Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

Kredit Foto: Maestro Ridwan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Aug 2022

“Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zamani dan dapat sembuh seperti sedia kala.

Trending Mon, 22 Feb 2021

Virus Covid-19 Dijangka Berakhir Pada 2022

Diharap Covid-19 dapat dipulihkan secepatnya

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Sat, 8 Apr 2023
Cahaya Mata Sat, 4 Feb 2023
Trending Fri, 31 Jan 2020

Mayat Pelajar Lelaki Lemas Akhirnya Ditemui Terapung

Alhamdulillah jasad telahpun ditemui

error: Content is protected !!