Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 10, 2023 @ 11:40am

“Hadanah, Nafkah Anak, Nusyuz… Tunggu Minggu Hadapan” – Peguam Syamsul Yusof

Peguam mewakili Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais mendedahkan pengarah itu dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah mencapai kata-kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian.

Berlaku perjumpaan antara pihak Syamsul, 39, dan Sarah, 38, malam semalam bagi membincangkan perkara terbabit.

“Pada hari ini ditetapkan tarikh sebutan seterusnya untuk kes cerai ini. Sepatutnya hari ini adalah untuk menerima laporan jawatankuasa pendamai (JKP) yang telah dijalankan sebelum ini.

“Tetapi sebelum ia berlaku, kami maklumkan kepada Hakim, kedua-dua pihak telah berjumpa sesama sendiri malam semalam dan telah mencapai kata-kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian.

“Jadi kami baru mendapat terma pada pagi tadi dan terus membuat draf perjanjian. Lalu kami telah menyerahkan sesalinan draf perjanjian itu kepada kepada pihak peguam pihak sana untuk disemak, tertakluk kepada persetujuan pihak sana,” katanya kepada XTRA.

Ketika ditanya adalah jalan yang diambil menjadi petanda Syamsul bersetuju berpisah cara baik, Azmi mengiyakan perkara terbabit.

“Insya-Allah, begitulah ceritanya dengan perjanjian tersebut. Perjanjian penyelesaian perceraian yang merangkumi hak-hak isteri selepas cerai, hadanah, nafkah anak dan juga global, kes-kes lain seperti kes nusyuz, tunggu minggu hadapan,” katanya.

Krisis perkahwinan mereka bakal dinoktahkan selepas pengarah sensasi itu setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022

Aksi Sweet Farhan Mazlan Usik Isteri Buat Netizen Cair – ” Cantiknya Perempuan Belakang Dia?”

Pempengaruh terkenal Farhan Mazlan kembali mecuri perhatian warganet apabila video dia bersama isteri, Syafiqah Zambry yang sedang makan di sebuah retoran tular di media sosial. Farhan yang cuba mengusik isteri tercintanya dengan cuba memuji kecantikkan […]

Kisah Viral Sat, 11 May 2024
Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Featured Mon, 20 Sep 2021
Hiburan Sun, 18 May 2025

Malam Mendengar Nadin Amizah: Datang Tanpa Ekspektasi, Pulang Sebagai Peminat

Saya datang tanpa ekspektasi, tetapi saya pulang sebagai seorang peminat. Mungkin itu keindahan sebenar ‘Malam Mendengar Nadin Amizah’.

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Demi Anak, Jasmin Hamid Sanggup Duduk Tepi Parit

Begitulah kasih seorang ibu terhadap anaknya, sanggup lakukan apa saja termasuklah…

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Ini Drama Hantu Popular Di Tonton?

Kalau korang rasa drama cinta selalu mendapat tempat dihati peminat dan penonton maka, tekaan anda ternyata salah. Kenapa? Kerana, untuk minggu ini drama seram menjadi pilihan penonton menerusi laman portal kami hanya di tonton. Nak tahu apakah antara drama seram tersebut, jom kita layan!

Trending Wed, 12 Feb 2020
error: Content is protected !!