Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 10, 2023 @ 11:20am

Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

Krisis perkahwinan Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah Liyana, 38, bakal dinoktahkan selepas pengarah sensasi itu setuju melafazkan talak terhadap isteri pertamanya pada 18 April depan.

Peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan perkara terbabit selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, pagi tadi.

“Pihak Puteri Sarah dan pihak Syamsul sudah menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara aman dan baik. Jadi kita akan datang minggu depan untuk mengesahkan penjanjian itu dan lafaz cerai.

“Tarikh baharu adalah 18 April depan, untuk mencari persepakatan mengenai terma-terma yang sudah pun dibincangkan. Pada hari itu, kita akan rekod di Mahkmah Rendah dan Mahkamah Tinggi kerana membabitkan anak-anak. Anak-anak adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

“Selepas lafaz cerai, kita akan rekod keMahkamah Tinggi untuk rekod berkenaan isu hadanah dan selepas itu kita akan jadikan perintah mahkamah,” katanya kepada XTRA.

Ditanya mengenai proses JKP, Akberdin berkata semuanya sudah diselesaikan kerana kedua-dua pihak sudah menyatakan persetujuan untuk memuktamadkan tarikh penceraian.

“Pada tarikh akan datang, Syamsul akan lafazkan cerai kerana sudah ada persetujuan,” katanya.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof hadir ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais.

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Mar 2018

Bersalin 2 Minggu Lagi Secara Caesarean, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kini Berdebar

Pasti ramai peminat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sabar untuk melihat wajah bayi penyanyi kesayangan mereka.

Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Events Fri, 23 Sep 2022

Suami Belikan Ifa Raziah Barang Kemas Cecah RM100,000 Hadiah Birthday – “Handbang Saya Dah Terlalu Banyak…”

Amboiiii banyaknya handbag, banyaknya emas && banyaknay bodyguard kak Ifa😱

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Aiman Tino Tawar Wang Tunai Kepada Pencuri?

Siapa sangka makan malam santai bertukar menjadi tragedi?

Trending Thu, 18 Aug 2022

“Saya Tak Bangga Dengan…” – Throwback Interview Lama, Nazim Othman Tak Terdesak Cari Perhatian Guna Foto Seksi

Nama Nazim Othman memang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tanah air. Di usia 37 tahun, Nazim masih giat meneruskan karier seni dan terbaru bakal tampil dengan drama Sorry Naik Lori. Namun buat anak […]

Featured Tue, 1 Mar 2022

Bank Malaysia Tingkatkan Pinjaman Sehingga 6.0 Peratus Tahun Ini

Pinjaman diunjurkan akan terus meningkat berbanding 2021

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Puteri Sarah Nasihat Dr. Fie Kawal Emosi, Rancang Tindakan Dengan Bijak – “Keadaan Ini Ibarat Main Catur”

Puteri Sarah turut menasihatkan Dr. Fie agar tidak terburu-buru serta tidak mendedahkan sebarang perancangan kepada pihak lawan

error: Content is protected !!