Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 23, 2022 @ 4:10pm

Suami Belikan Ifa Raziah Barang Kemas Cecah RM100,000 Hadiah Birthday – “Handbang Saya Dah Terlalu Banyak…”

Selepas video membeli barang kemas mencecah RM100,000 tular, penyanyi Ifa Raziah tampil memberikan respons mengenai kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

Menurut Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, barang kemas tersebut adalah hadiah daripada suaminya sempena sambutan ulang tahun pada 22 September (semalam).

Menyifatkan itu adalah hadiah paling bermakna untuknya, Ifa mengakui sudah sampai masanya untuk dirinya bersiap sedia membuat pelaburan untuk masa hadapan.

“Itu adalah hadiah paling bermakna daripada suami saya. Dia ada tanya, nak handbag LV ke untuk tahun ni sebab memang minat jenama tu, tapi handbag saya terlalu banyak. Jadi tahun ni nak buat pelaburan untuk masa hadapan.

“Jadi, suami hadiahkan barang kemas satu set barang kemas bernilai RM100,000,10. Alhamdulillah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

 

Sementara itu, menjawab komen nakal netizen yang mempersoalkan tentang pemakaian barang kemas bersaiz besar tersebut, Ifa bagiamanpun memaklumkan, barang kemas ini akan dipakai bersesuaian dengan acara yang dihadirinya.

“Suami yang pilih design ni, sebagai simbolik cintanya kepada saya.

“Jadi untuk barang kemas ini saya akan pakai ikut waktu dan tempat acara yang bersesuaian. Bukanlah hari-hari pakai. Yang kecik tu saya pakailah untuk harian atau majlis tertentu.

“Selalu kalau pakai barang kemas yang besar bukan di majlis umum dan pakai sekejap je… Bila habis majlis saya akan buka dan simpan,” jelasnya.

Ifa juga mengakui beliau mempunyai beberapa pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya.

 

 

Sumber : Gempak, TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 May 2021
Trending Sun, 24 Nov 2019
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

5 SEBAB KENAPA ANDA PATUT BELI BELAH DI SEMUA RANGKAIAN CJ WOW SHOP

Annyeonghaseyo! CJ WOW SHOP pastinya menjadikan hidup anda lebih wow dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti disamping menikmati nilai ganjaran hebat khususnya pengguna di Malaysia

Eat Travel Fri, 10 Aug 2018

5 Lokasi Char Kuay Teow Paling Sedap Di Sekitar Lembah Klang

Dah lah sedap, harganya pun berpatutan!

Hiburan Tue, 17 Dec 2024
Trending Thu, 23 Mar 2023

Elegan & Sopan- Koleksi Terhad 2023 H&M Ni Sesuai Untuk Bulan Ramadan Yang Bakal Tiba!

Perempuan dengan shopping memang tak dapat dipisahkan. Paling tidak sebulan sekali nak juga berbelanja untuk diri sendiri betul tak? Lagi-lagi bila tiba musim berpuasa dan raya. Bila nak ramadan ni, ramai yang tukar wardrobe dan  […]

Trending Tue, 9 Jul 2019

“Sis Memang Idola”- Kenapa Gadis Ini Digelar Phoenix Malaysia?

Kecil-kecil cili padi tetapi di gelanggang ‘cili’ berbisa..

Trending Wed, 9 Oct 2019
error: Content is protected !!