Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops March 6, 2018 @ 3:47pm

Bersalin 2 Minggu Lagi Secara Caesarean, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kini Berdebar

Pasti ramai peminat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sabar untuk melihat wajah bayi penyanyi kesayangan mereka kan?

Kalau korang tak sabar, apatah lagi Siti dan suami kan? Menurut BH Online, Siti kini berdebar menanti kelahiran cahaya mata sulungnya.

Tambah Siti lagi, dia memilih untuk melahirkan puteri sulungnya itu secara pembedahan Caesarean kira-kira dua minggu lagi atas nasihat pakar yang merawatnya.

Ini kerana, selain faktor usia Siti yang kini berusia 39 tahun, Siti yang melakukan rawatan kesuburan menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ juga disarankan untuk melahirkan bayi secara pembedahan.

Lagu “Comel Pipi Merah”, Hadiah Siti Untuk Baby

Sempena bulan kelahiran orang baharu dalam keluarganya, Siti juga turut melancarkan single terbaru berjudul Comel Pipi Merah.

Lagu ciptaan Siti dan lirik oleh Rozi Sangdewi itu merupakan hadiah dan kenangan Siti buat bakal anaknya itu selain menjadi pengubat rindu buat peminatnya.

Kredit foto : Instagram Siti Nurhaliza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Jun 2025

Sharnaaz Ahmad Ambil Masa 6 Bulan, Sasar Turun Berat Badan 70 Kilogram Demi Watak

Mamu kini sedang membuat persediaan untuk melakonkan watak Reza

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Fri, 10 Jan 2025
Featured Sat, 30 Oct 2021
Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Trending Thu, 2 Jul 2020
error: Content is protected !!