Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 6, 2023 @ 12:02pm

“Untuk Tahun Depan Saya Akan Lebih Banyak Berdoa Dan Kurang Bercakap” – Puteri Sarah Liyana 

Walaupun beberapa tahun lepas kisah rumah tangganya menjadi bahan perbualan hangat netizen, namun pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kelihatan semakin kuat dan matang dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata.

Susulan itu, Sarah juga kini dilihat semakin tenang apatah lagi dia kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Sarah Megat Kamaruddin (@puterisarahliyana)

 

Menerusi hantarannya di Instagram, pelakon drama rantaian Melastik Ke Hatimu 2 itu sempat memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang berjalan di kota suci itu.

Malah, Sarah juga sempat menitipkan harapannya agar pada tahun hadapan, dia lebih banyak berdoa dan kurang bercakap.

“For the next year, i am just going top pray more and talk less,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut menitipkan pesanan dan doa agar segala urusan Sarah dipermudahkan dan berharap aktres itu menemui kebahagian dunia dan akhirat.

“Semoga segala impian Puteri Sarah termakbul dan menemui kebahagiaan duni adan akhirat.

“Puteri Sarah seorang wanita yang kuat dan hebat. Moga Sarah terus bangkit dari titik hitam perkahwinan dan menemui kebahagiaan.

“Ye, berdiam itu lebih baik. Moga Allah kurniakan kebaikkan dan keselamatan selalu.

“Itu namanya, diam-diam ubi berisi. Moga sentiasa dirahmati Allah,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Oct 2020

Solat Jumaat dan Nikah Di Negeri Selangor Hanya Dibenarkan Di Zon Hijau

Take note korang yang nak nikah dekat Selangor tu..

Featured Tue, 8 Nov 2022

Ara Johari Lancar Single Terbaharu ‘Pasti Tiba’

Sebut sahaja nama penyanyi wanita tanah air yang mempunyai kelantangan vokal dan bakat tersendiri, salah seorang semestinya Ara Johari. Terkenal dengan lagu balada, kini dia sekali lagi muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘Pasti Tiba’ hasil […]

Trending Wed, 5 Aug 2020

BSH Fasa 3: Rayuan Dibuka Mulai Jumaat Ini, Syarat Layak Rayuan

Korang yang nak buat rayuan, pastikan cukup syarat-syarat ni

Hiburan Mon, 18 May 2026

Amar Baharin Terkilan Terpaksa Cukur Bersih Atas Komitmen Penggambaran… Risau Ibadah Korban Tak Diterima

Amar Baharin mengakui berasa terkilan apabila terpaksa tampil dengan wajah bersih tanpa janggut sepanjang 10 hari awal Zulhijjah susulan komitmen penggambaran

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Sunting Gambar Lama Dengan Bekas Suami, Bella Dally Naik Angin?

Bella Dally meluahkan rasa kecewa apabila gambar perkahwinan dengan bekas suami, Nazim Othman digunakan dalam sebuah drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd milik Sheila Rusly.

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

Saya Juga Berpantang Seperti Ibu Bersalin

Mia akui dirinya sudah tidak bersedih lagi dan menerima ketentuan Ilahi.

Featured Thu, 23 May 2024
error: Content is protected !!