Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 23, 2024 @ 2:18pm

“Isu Penyondol, Saya Tetap Akan Salahkan Lelaki” – Amyra Rosli Mengaku Malas ‘Check’ Telefon Suami, Mahu Hormat Privasi

Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli mengaku, bahawa dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin.

Katanya, itu adalah sebagai tanda dia menghormati privasi suaminya, selain tidak mahu isu lain timbul.

“Sebagai isteri, saya juga ada tanggung jawab besar untuk menjaga anak-anak dan rumah tangga.

“Saya malas nak ‘check’ telefon suami kerana tidak mahu timbul isu yang tidak sepatutnya nanti,” katanya.

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai pergolakan rumah tangga yang berlaku dalam kalangan rakan selebriti termasuklah wujudnya penyondol, Amyra bagaimanapun memaklumkan, apa yang berlaku itu wajar dijadikan pengajaran.

“Sebagai manusia, kalau kita halang macam mana pun (isu rumah tangga) kalau benda tu nak jadi, ia akan tetap terjadi juga.

“Saya sendiri berusaha untuk menjaga rumah tangga dengan sehabis baik dan selebihnya kita berdoa dan mohon pertolongan dengan Allah SWT.

“Soal penyondol, Saya tidak salahkan golongan itu, kerana perkara itu tidak akan berlaku jika orang lelaki tidak melayan.

“Kita juga tidak kenal dengan penyondol itu kerana dia orang luar, jadi pihak lelaki yang perlu dipersalahkan,” jelasnya.

Berkongsi lanjut mengenai apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya dia mengalami masalah dalam hubungan rumah tangga, ibu kepada  dua cahaya mata itu berkongsi,  berbincang dan menyelesaikan masalah sendiri adalah paling utama.

“Kami memilih untuk berbincang dan selesaikan masalah kami sendiri. Kalau nak bergaduh pun gaduhlah kerana yang penting dapat melepaskan segala kemarahan dan rasa tidak puas hati itu,” ujarnya.

Sekadar info, Amyra dan Amar Baharian mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Selain sibuk dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan, Amyra juga kini aktif menjadi model beberapa jenama tudung terkenal.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 28 Aug 2019

Win a Cash Prize of RM1,000 with #KitaPunyaMalaysia Photography Contest in the Spirit of the 62nd Merdeka

We make Malaysia beautiful! There’s no ‘glorious’ without ‘us’!

Trending Tue, 29 Sep 2020

Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Covid-19

Langkah keselamatan perlu ditingkatkan

Hiburan Wed, 16 May 2018

Dikecam Lepas ‘Mengayat’ Syed Saddiq?

Perkenalan kami sebenarnya bermula apabila pengurus saya yang minat sangat dengan Syed Saddiq… Jangan salah sangka ok?

Trending Thu, 23 Aug 2018

整容般的化妆技术「大婶一秒变女神」

市面上除了有越来越多厉害的化妆品外,女孩们的化妆术也更强大啦!近日在抖音上又有一用户放了堪称整形前后对比的美妆影片,这到底有多厉害呢?

Featured Tue, 26 Nov 2024
Hiburan Sat, 14 Feb 2026

TV3 Lancar RR2026: “Jwanjih Kenyang!” Meriahkan Ramadan & Raya 2026

Menariknya program Ramadan & Raya 2026 di TV3!

Hiburan Sun, 16 Oct 2022
Hiburan Thu, 21 Dec 2023
error: Content is protected !!