Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari April 14, 2023 @ 5:57pm

“Apapun Berlaku Saya Nak Jumpa” – Harap Hubungan Keluarga Pulih, Syafiq Yusof Rancang Beraya Dengan Syamsul & Ira Kazar

Pengarah, Syafiq Yusof menyatakan bahawa akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi bersama abangnya, Syamsul dan kakak ipar baharu, Ira Kazar.

Syafiq memaklumkan bahawa ikatan kekeluargaan antara dirinya dengan Syamsul masih dalam keadaan baik.

“Apapun berlaku, saya akan berjumpa dan beraya dengan abang. Saya memang dah rancang akan pergi rumah abang dan bawa isteri sekali.

“Saya harap hubungan keluarga kami kembali seperti dulu kerana tiada manusia yang sempurna di dunia. Hari Raya adalah peluang bermaaf-maafan antara satu sama lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Syafiq ditemui ketika Majlis Pelancaran Filem Polis Evo 3 yang berlangsung di Petaling Jaya, semalam.

Walaubagaimanapun, memetik laporan Utusan Malaysia, Syafiq menjelaskan bahawa dia masih belum mempunyai perancangan untuk mempertemukan Ira Kazar dengan ahli keluarga lain.

Bukan itu sahaja, Syafiq menyatakan dia sentiasa menasihati dan memberi kata-kata semangat buat Syamsul ketika sedang berdepan dugaan secara sendirian.

“Saya selalu cakap banyak bersabar dan ini adalah ujian hidup dia. Saya percaya abang adalah individu yang kuat serta mampu mengharungi situasi ini.

“Abang balas mesej dan dia sedar apa yang terjadi. Sebagai adik, saya perlu bagi sokongan moral selepas dia diserang daripada pelbagai penjuru terutamanya daripada netizen. Saya harap krisis ini berakhir segera,” ujarnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Mar 2023

Susulan Tumbuk Isteri Hingga Cedera, Hafidz Roshdi Bakal Didakwa Isnin Depan

Semoga yang teraniaya diberi keadilan yang sewajarnya!

Hiburan Sun, 11 Jun 2023

Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota Yang Terakhir?

Memang best gila konsert Ella malam tadi!! Terubat rindu ramai penonton nak dengar Ratu Rock menyanyi live

Featured Tue, 6 Sep 2022
Events Wed, 31 Oct 2018

Is IKEA Also Joining in on the 11.11 Sale Hype?

Seems like it’s time to go furniture shopping soon!

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Events Fri, 1 Nov 2019
error: Content is protected !!