Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 26, 2023 @ 4:50pm

Ellie Suriaty Profesional ‘Bertembung’ Azri Iskandar Selepas Setahun Cerai – “Saya Okey Dalam Satu Set Dengan Dia Tapi…”

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty bersikap profesional apabila bersua muka dengan bekas suaminya iaitu pelakon Azri Iskandar dalam satu acara pelancaran drama, semalam.

Menurut Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar, 53, dia dan Azri bersikap profesional dalam menjalan tugas selain tidak memusuhi antara satu sama lain.

“Kami bersikap profesional sahaja kerana berada dalam bidang yang sama dan mustahil tidak bertegur sapa apabila hadir ke acara sama.

“Sebenarnya ini adalah pertemuan pertama kami dalam satu acara kerja.

“Kami dah bersama sebelum ini selama 19 tahun, saya tegur sahaja dia, kami tak bermusuh. Penceraian kami sebelum ini pun dengan cara baik,” katanya ketika ditemui XTRA.

Dalam pada itu, Ellie tidak menolak sekiranya bergandingan dengan bekas suaminya itu di dalam filem atau drama namun bukanlah dalam satu babak bersama.

“Kami berlakon dalam satu drama tapi tiada babak bersama. Dia berlakon dalam episod lain.

“Kalau berada di satu set penggambaran saya okey sahaja tapi janganlah ‘sparing’ dalam satu babak.

“Kita kena memudahkan kerja orang lain, maksudnya saya okey dalam satu set bukan bersama dalam sesebuah babak. Belum masanya lagi,” jelasnya.

Disoal mengenai hubungan Azri atau nama lengkapnya, Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, dengan anak-anaknya, Ellie berkata Azri tidak pernah gagal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa

“Hubungan dengan anak-anak juga dalam keadaan baik, tak pisahkan mereka dengan dia.

“Saya selalu ingatkan anak-anak supaya menelefon dan bertanya khabar ayah mereka setiap hari.

“Asalkan dia tahu tanggunjawab dia pada anak-anak” katanya.

Ellie dan Azri menjayakan drama fenomena Tanah Kubur yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Ellie dan Azri disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei 2022.

Untuk rekod, Azri dan Elly dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14.

Sebelumnya, Azri menerusi perkahwinan terdahulu mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, Nur Anis Mastura, 27.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Izreen Azminda Kahwini Suami Orang Peminat Bengang

Izreen yang dikatakan bakal membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya dengan Uda merupakan suami orang

Trending Thu, 14 Jun 2018
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Jonas- Turner Dirai Dalam Majlis Resepsi Mewah

Pasangan yang berkahwin pada 1 Mei lalu dilaporkan berkahwin di sebuah lokasi menarik di Perancis

Hiburan Tue, 9 Aug 2022

“Pelakon Bukan Melayu Kena Usaha Lebih” – Elizabeth Tan Kongsi Tip Bertahan Lama Dalam Industri

Elizabeth Tan beri tip pada pelakon bukan Melayu untuk kekal lama dalam industri.

Featured Fri, 12 May 2023
Events Fri, 22 Nov 2019
Hiburan Fri, 4 May 2018

Ini Ujian Allah Untuk Saya…

Ketika diajukan soalan sama ada beliau tahu punca ‘sakit’ ini muncul, pelakon kelahiran Singapura ini menganggap semua ini ujian dan enggan menuding jari ke arah sesiapa.

error: Content is protected !!