Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 6, 2023 @ 7:08pm

Anggap Artis Baharu Tidak Sombong Tetapi Belum Cukup Ilmu, Bell Ngasri Minta Beri Ruang Untuk Belajar

Pelawak dan pelakon, Bell Ngasri tidak kisah dengan sikap artis baharu yang dikatakan sombong dan enggan menegurnya.

Pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu menyifatkan pendatang baharu dalam industri seni sebagai artis yang masih belum memiliki ilmu secukupnya dan tidak dapat menyesuaikan dirinya di lokasi penggambaran.

Justeru, dia menasihati pelakon senior agar memberi ruang kepada mereka untuk belajar.

“Mereka baru saja masuk dalam bidang lakonan ini, jadi mereka kadang-kadang tak tahu sedang berperangai seperti ‘diva’ atau ada buat perangai tak betul.

“Tak perlu marah pun sebenarnya. Kadang-kadang ada yang cakap artis baharu ini besar kepala, tapi mereka pun sebenarnya tak tahu apa yang dibuat itu salah,” katanya.

Bagi Bell atau terkenal dengan watak Barkoba menerusi filem 18 Puasa Di Kampong Pisang, dia hanya akan marah jika artis lama yang buat perangai memandangkan mereka sudah mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup luas.

“Jadi, kalau ada pelakon baharu buat hal pada saya, saya faham sebab mereka baru lagi dalam bidang ini. Kecuali pelakon lama yang buat, memang kenalah,” ulasnya.

Memetik laporan Berita Harian, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu bersetuju dengan pendapat segelintir artis baharu yang ingin meminta bayaran lebih daripada pihak produksi.

“Mungkin itu disebabkan mereka sudah berduit atau ada buat kerja-kerja lain di luar, jadi perkiraan harga mereka sebegitu. Mereka juga bukan tahu sangat perkara ini,” ujarnya.

Bell yang dianggap masih relevan dalam industri hari ini meluahkan rasa syukur kerana masyarakat masih menerima serta menghargai dirinya.

“Saya tetap bersyukur kalau ada yang mahu bergambar dengan saya. Saya juga tak sangka masih diterima sampai sekarang,” luahnya.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Wed, 12 Jun 2024
Selebriti Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Sat, 15 Feb 2020

Ronan Keating全球首唱新歌!让粉丝度过浪漫情人节

「爱尔兰男神」Ronan Keating 选择在2月14日与大马粉丝共度浪漫情人节,并于现场首唱他即将于今年5月推出的新专辑里的新歌《One Of A Kind》让大马粉丝惊喜不已。

Featured Tue, 28 Oct 2025

Isu Cerai Kamal Adli ‘Nervous’ Hadir Ke Mahkamah – “Saya Tak Gembira Pun Sampai Di Sini”

Pelakon Kamal Adli mengakui berasa gementar hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa bagi prosiding kes perceraiannya bersama isteri, Uqasha Senrose, Kata Kamal, fokusnya hanyalah mahu menyelamatkan rumah tangganya sekali gus mengakui […]

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Cantiknya Khadijah Alkubraa Nama Anak Ketiga Saharul Ridzwan!

Pelakon Saharul Ridzwan menimang anak ketiga pada Sabtu lalu. Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Saharul di laman Instagramnya yang memaparkan dia sedang mendukung puteri ketiganya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati. “Subhanallah, Alhamdulillah, […]

Hiburan Fri, 23 Mar 2018

“Ada Yang Sudah Belasah Saya, Tapi Saya Okay” – Mawi

Mengakui filem tersebut masih belum mempunyai tajuk yang sesuai, Mawi turut menitikberatkan setiap babak agar mesej dalam filem bergenre komedi Islamik ini sampai kepada penonton

error: Content is protected !!