Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 3, 2026 @ 8:27pm

Individu Lelaki Nak Cerai Isteri Sebab Tak Sekufu? Puteri Sarah Respons – “Suami Gaji RM5,000 Macam Awak Tak Layak Untuk Dia”

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana tampil berani meninggalkan respons terhadap kenyataan seorang individu di media sosial selepas menganggap isterinya itu tidak layak untuk dirinya dek kerana gajinya telah dinaikkan sebanyak RM5,000.

Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan pada mulanya memuji pengorbanan isterinya sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.

Namun, masalah timbul apabila menganggap isterinya itu tidak sekufu hanya kerana memiliki gaji RM1,800 sebulan berbanding dirinya.

“Tahun ni gaji saya naik RM5,000 dan isteri saya dari awal perkahwinan sampai sekrang sama je, RM1,800. Tak ada usaha ak buat extra menjahit ke apa.

“Jadi patut tak say ateruskan perkahwinan ni? Atau tinggalkan dia dan cari perempuan sekufu? Yang sama gaji?,” soal individu berkenaan.

Sedar dengan hantaran berkenaan, Puteri Sarah akhirnya tampil meluahkan pandangannya terhadap kenyataan tersebut.

Menerusi ruangan komen, Puteri Sarah dilihat berseloroh apabila menyarankan agar wanita tersebut mencari pasangan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi kerana gaji RM5,000 sebulan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Menurutnya, seseorang tidak seharusnya memandang rendah kemampuan pasangan hanya berdasarkan jumlah pendapatan yang diperolehi.

“Kalau saya lah, saya suruh dia cari suami gaji RM20,000. Suami gaji RM5,000 macam awak tak layak untuk dia.

“Rm5,000 cuma boleh beli handbag Coach dengan makeup sahaja. Tak cukup untuk dia. Mungkin dia patut cari suammi yang lebih kaya dari awak,” balasnya.

Kenyataan aktres itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang menganggap komen tersebut sebagai sindiran sinis terhadap sikap segelintir individu yang menganggap sikap materialistik sebagai ukuran dalam memilih pasangan hidup.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Nov 2021

“1 Kilogram Tahi Lembu Boleh Menghasilkan 3.75 kwj Tenaga Elektrik” Sisa Lembu Berjaya Jadi Sumber Tenaga

Sekumpulan petani di Britain telah berjaya menukarkan tahi lembu kepada sumber tenaga berbentuk bateri saiz AA yang dipanggil ‘patteries’. Memetik laporan The Sun, bateri yang boleh dicas semula ini boleh menjadi sebahagian daripada tenaga boleh […]

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Pelakon Eiffel…I’m In Love Saphira Indah Meninggal Dunia

Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Saphira Indah…

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

#HajatDanceChallenge Di Laman Sosial Media

#HajatDanceChallenge ada yang kata macam zumba ada pula yang kata Poco Poco so yang mana satu yang betul

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Tue, 29 Apr 2025

“Tak Pernah Plan Tu Tipulah…” – Amira Othman ‘Pecah’ Rahsia, Rancang Pakai Baju Sedondon Dengan Fattah Amin

Amira tampil memberikan penjelasan ringkas namun mencuit hati mengenai penampilan sedondon tersebut

error: Content is protected !!